Bujang Lapok Wakil Malaysia Ke Kejohanan Akhir 'Modern Combat Versus honor International Series eSports'

Pengeluar permainan video terkemuka Amerika Syarikat,Gameloft telah mengumumkan berkenaan Kejohanan Akhir 'Modern Combat Versus honor International Series eSports' yang akan berlangsung pada hari ini, 7 April 2018. Kejohanan ini akan dijalankan di ESL Studios, Paris. Apa yang lebih menarik, Malaysia juga akan mempunyai wakil kita sendiri dalam kejohanan itu. Pasukan yang menggelar diri mereka sebagai Bujang Lapok. Syarikat Gameloft telah menjalinkan kerjasama dengan honor dalam menganjurkan kejohanan ini.



Sejak beberapa minggu lalu, beberapa pasukan telah mengharungi pusingan kelayakan sebelum enam buah pasukan terbaik telah berjaya menempatkan diri mereka ke peringkat akhir. Pasukan tersebut adalah Bujang Lapok dari Malaysia, EMP Clan (Germany), R.E.D. (Italy), Supremacy (France), The Four Immortals (India) dan The Royals (Spain). Mereka akan bersaing untuk merebut hadiah bernilai kira-kira €10,000 (RM 47,303) serta sebuah peranti telefon pintar Honor View 10 setiap seorang. Kejohanan ini juga dianjurkan bersempena dengan pelancaran peranti Honor View 10, keluaran terbaru dari Huawei. 



Anda boleh memberi sokongan kepada pasukan Bujang Lapok melalui siaran langsung strim di saluran Youtube Gameloft pada pukul 6 petang ini.

Sumber