Bugatti Menghasilkan Kapal Layar Dan Hasilnya Tidak Masuk Akal Seperti Yang Dijangka

Pembuat kereta mewah Bugatti memang sudah terkenal dari segi jenamanya. Kereta Bugatti Veyron dan Chiron adalah antara kereta yang dikenali dan diidami oleh hampir semua orang. Dengan tag harga $2 juta, bukan semua orang mampu untuk memilikinya. Bugatti sekarang ingin terjun ke bidang pelayaran pula dengan memperkenalkan kapal layar edisi terhad.

Syarikat itu telah lama berhasrat untuk menghasilkan projek kapal layar ini dan telah memperlihatkan sedikit ciri-ciri dan spesifikasi tentang projek terbaru mereka ini. Terdapat tiga variasi kapal yang mereka hasilkan dan menamakan siri ini dengan nama "Niniette". Berdimensi berbeza bagi setiap bot dari 50 kaki hingga 80 kaki mengikut jenis kapal dan dibina bersama dengan pembuat kapal layar Palmer Johnson.

Dengan nama Bugatti, kapal ini pasti dibina dengan ciri-ciri dan bahan-bahan yang mewah seperti penggunaan carbon fiber dan kulit berkuailiti tinggi. Dek kapal dibina menggunakan kayu morta oak yang tidak mudah reput dan secara kebetulan sangat jarang didapati dan juga sangat mahal. Kelajuan tertinggi kapal layar ini dalam lingkungan 50 mph dan dalam kategori pertengahan dari segi kelajuan.

IMG_20170314_145059

Dari segi ruang dalaman, kapal ini boleh dilengkapi bar, 'hot tub', dan tempat unggun api. Paling menarik adalah harganya kerana harga kapal ini melebihi $2.2 juta mengikut variasi yang anda pilih. Kepada yang betul-betul kaya sahaja yang berminat mendapatkan kapal layar peribadi ini. Kepada yang tidak mampu, bermimpi sahaja lah..

Sumber