Syarikat itu telah lama berhasrat untuk menghasilkan projek kapal layar ini dan telah memperlihatkan sedikit ciri-ciri dan spesifikasi tentang projek terbaru mereka ini. Terdapat tiga variasi kapal yang mereka hasilkan dan menamakan siri ini dengan nama "Niniette". Berdimensi berbeza bagi setiap bot dari 50 kaki hingga 80 kaki mengikut jenis kapal dan dibina bersama dengan pembuat kapal layar Palmer Johnson.
Dengan nama Bugatti, kapal ini pasti dibina dengan ciri-ciri dan bahan-bahan yang mewah seperti penggunaan carbon fiber dan kulit berkuailiti tinggi. Dek kapal dibina menggunakan kayu morta oak yang tidak mudah reput dan secara kebetulan sangat jarang didapati dan juga sangat mahal. Kelajuan tertinggi kapal layar ini dalam lingkungan 50 mph dan dalam kategori pertengahan dari segi kelajuan.
Dari segi ruang dalaman, kapal ini boleh dilengkapi bar, 'hot tub', dan tempat unggun api. Paling menarik adalah harganya kerana harga kapal ini melebihi $2.2 juta mengikut variasi yang anda pilih. Kepada yang betul-betul kaya sahaja yang berminat mendapatkan kapal layar peribadi ini. Kepada yang tidak mampu, bermimpi sahaja lah..
Sumber
Berkaitan
- Kotak Bungkusan Ryzen Threadripper Generasi Ke-2 Lebih Agresif Dan Besar
- 5 Gaming Chair Pada Harga Sekitar RM200 Di Shopee
- Kedai Rasmi Fujitsu Di Lazada Tawar Hadiah Percuma Sehingga RM1,428
- Nexus 5X, 6P dan Pixel C Tidak Akan Mendapat Android P
- Tawaran Lebih Dari RM 800,000 Untuk Penggodam Mencari Pepijat Yang Menjejaskan Peranti Telefon Pintar
- GeForce GTX 2080 & 2070 Yang Berdasarkan Senibina Ampere Mendapat Pensijilan ECC
- Peperangan Tarif Antara US Dan China Memberi Kesan Kenaikan Harga Kepada Industri Elektronik
- Spesifikasi Untuk Bermain Battlefield V Dikeluarkan
- Pepijat Di Dalam PlayStation 4 Membuatkan Konsol Tersebut Tidak Stabil & Tidak Boleh Berfungsi
- Selepas Ini Anda Boleh Membeli Tiket KLIA Express Melalui GrabPay