Buat Pesanan Pizza Semakin Mudah Dengan Aplikasi Baru Dari Pizza Hut

Tidak mahu ketinggalan dalam arus kecanggihan telefon pintar, Pizza Hut Malaysia telah memperkenalkan satu aplikasi mudah alih baru yang berupaya menjadikan pesanan lebih mudah bagi pengguna.

Apa yang anda lihat di laman web, itulah juga yang anda boleh gunakan pada aplikasi Pizza Hut tersebut. Dibangunkan dengan matlamat memudahkan urusan pesanan pizza dibuat tanpa mengira dimana jua anda berada.



Bagi pengguna aplikasi, anda juga bakal menikmati mata bonus yang boleh ditebus secara percuma seperti hidangan sampingan, minuman dan juga piza. Untuk makluman semua, Pizza Hut Malaysia turut melancarkan kedai konsep yang mana ia dilengkapi dengan sistem pemesanan digital bertempat di Sunway Pyramid. Menarik tentang kedai tersebut adalah ia menggunakan menu Augmented Reality (AR), ini bermaksud pelanggan boleh melihat rupa piza sebelum membuat pesanan.



Selain itu, permainan mini juga disediakan kepada pelanggan bagi mengisi masa sementara pesanan mereka disiapkan.

Mungkin ada diantara anda yang sudah berkesempatan singgah di kedai konsep digital Pizza Hut ini, anda boleh kongsikan pengalaman di ruangan komen.

Sumber: Lowyat.net