Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buat Pertama Kalinya Pusat Transparensi Kaspersky Di Switzerland Terima Lawatan Pegawai Berpangkat Tinggi Dari Malaysia

Buat Pertama Kalinya Pusat Transparensi Kaspersky Di Switzerland Terima Lawatan Pegawai Berpangkat Tinggi Dari Malaysia

Diterbitkan Januari 11, 2023 oleh ariff bukhari

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah mengadakan lawatan ke Pusat Transparensi Kaspersky Di Switzerland.

Lawatan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif NACSA, En. Rahamzan Bin Hashim telah disambut mesra oleh Ketua Hal Ehwal Awam untuk rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah, Turki dan Afrika di Kaspersky, Cik Genie Sugene Gan bersama dengan Pengurus Besar Kaspersky untuk Asia Tenggara, Yeo Siang Tiong.

Berkaitan

  • Electronic Arts Tawar Game Berharga RM79 Ini Secara Percuma Di Steam Tapi Dengan Syarat
  • TNG eWallet Kerjasama Dengan Fave Tawar 'Cashback' Hingga 15%, Ini Caranya
  • Pengguna Windows 7 Terima Kemas Kini Terakhir Sebelum Ditamatkan Sepenuhnya Hari Ini

Pusat Transparensi Kaspersky pertama Di Switzerland telah pun dibuka dalam tahun 2018 dahulu. Lawatan ini merupakan kali pertama Pusat Transparensi itu menerima lawatan pegawai berpangkat tinggi dari Malaysia.

Buat Pertama Kalinya Pusat Transparensi Kaspersky Di Switzerland Terima Lawatan Pegawai Berpangkat Tinggi Dari Malaysia
(Tengah) En. Rahamzan Bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bersama Encik Yeo Siang Tiong, Pengurus Besar untuk Asia Tenggara di Kaspersky (kiri 3), Cik Genie Sugene Gan, Ketua Hal Ehwal Awam untuk Asia Pasifik dan Timur Tengah, Wilayah Turki dan Afrika di Kaspersky (kanan 3) dan pasukan Kaspersky di Pusat Tranparensi Kaspersky, Switzerland.

Selain Switzerland, Kaspersky juga turut membuka Pusat Tranparensi di beberapa lokasi lain termasuklah Kuala Lumpur (Malaysia), Madrid (Sepanyol), Rom (Italy), São Paulo (Brazil), Singapura, Tokyo (Jepun), Utrecht (Belanda) dan Woburn (Amerika Syarikat).

Kaspersky menyatakan, mereka adalah satu-satunya penyedia keselamatan siber yang menawarkan kepada kerajaan dan syarikat berkaitan gambaran dan teknikal tentang amalan keselamatan siber dan sumber kod.

Sumber: Media Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY