Buat Pertama Kali Android Mengatasi Windows Sebagai Sistem Operasi Paling Popular Di Dunia

Menurut satu data hasil daripada analisa oleh firma StatCounter, Android kini menjadi sistem operasi paling popular di dunia.

Ia merupakan kali pertama bagi sistem operasi yang dibangunkan oleh Google itu memintas Windows kepunyaan Microsoft.

Android menduduki tangga teratas dari segi jumlah penggunaan internet bagi setiap

  • Desktop

  • Laptop

  • Tablet

  • Telefon Pintar


Menurut StatCounter lagi, Android mengungguli pasaran sistem operasi dunia sebanyak 37.93% dan Microsoft hanya ketinggalan dengan 37.91%.

538033-statcounter-os-market-share-march-2017

Jika dipecahkan mengikut rantau:

Windows

  • Amerika Utara (39.5%)

  • Eropah (51.7%)

  • Asia (29.2%)


Android

  • Asia (52.2%)

  • Eropah (23.6%)


Hasil anaslisa yang dibuat mendapati peningkatan penggunaan telefon pintar untuk mengakses internet merupakan faktor penyumbang kepada hal ini.

Selain itu, penjualan PC/komputer juga sedikit menurun, tetapi perlu diingat bahawa Windows masih kekal berkuasa dalam pasaran komputer dengan 84% penggunaan seluruh dunia.

Klik untuk lihat peta pecahan sistem operasi diseluruh dunia.

Sumber: StatCounter