Tidak lama lagi mungkin cara anda membayar barangan yang dibeli akan berubah.
Pada Persidangan dan Festival SXSW yang mula berlangsung Isnin yang lepas, Visa telah memperlihatkan prototaip kaca mata yang boleh melakukan pembayaran.
Pada bingkai kaca mata tersebut diletakkan satu cip NFC yang bersambung dengan akaun Visa pengguna.
Kebiasaan bagi pemegang akaun Visa, mereka membuat bayaran melalui sentuhan kad ataupun menekan nombor pin tetapi kali ini, Visa mahu tampil dengan cara yang agak bergaya pula.
Sesuai dengan tagline " dimana-mana jua yang anda mahukan", ujar Chris Curtin merangkap Ketua Jenama dan Inovasi syarikat berkenaan.
Beliau turut menambah, syarikat itu ingin menjadikan pembayaran boleh dibuat menerusi apa-apa alat yang anda tidak jangka seperti kaca mata dan mungkin cincin.
Ia berpotensi untuk diketengahkan di pasaran.
Untuk makluman semua, kaca mata ini baru memasuki peringkat percubaan serta ujikaji dan masih belum ditawarkan ke pasaran.
Langkah ujian yang diambil Visa dilihat sebagai percubaan untuk "memancing" jenama besar ataupun bank dalam menaja pengeluaran teknologi kaca mata tersebut.
Berkaitan
- Razer Perkenal Tetikus Razer Viper Dilengkapi Suis Optikal
- Sony Kongsikan Senarai 20 Permainan Untuk PlayStation Classic
- Ciri Instagram Live Dinaik Taraf, Tambah Rakan Ketika Bersiaran Langsung
- Pemilik Leica Mengimpikan Telefon Pintar Dengan Jenama "Leica"
- Acer Swift 7 Generasi Baru Diumumkan, Komputer Riba Paling Nipis Di Dunia
- Ura-Ura Mengatakan Huawei Akan Keluarkan Peranti Dengan Nisbah Paparan 19:9
- Facebook Sediakan Tab Khusus Untuk Permainan Pada Aplikasi Android
- TM Tawar Naik Taraf Kelajuan Dengan Tambahan RM10
- Redmi Turut Rancang Peranti Dikuasakan Snapdragon 855 Plus Untuk Tahun Ini
- Huawei MediaPad M5 Dan M5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia