Buat Panggilan Atau Hantar Mesej di WhatsApp Dengan Siri

Sejak iOS 10.3 dilepaskan pada 2016, Apple telah memperkenalkan integrasi Siri dengan aplikasi pihak ketiga, termasuk WhatsApp. Ini bermakna, pengguna iPhone dengan iOS 10.3 ke atas boleh membuat panggilan atau menghantar mesej WhatsApp hanya dengan menggunakan kawalan suara di Siri.

Mungkin ada ketika, anda ingin membuat panggilan di WhatsApp tanpa perlu membuka aplikasi tersebut terlebih dahulu, namun tidak tahu cara mengaktifkannya. Jika anda terfikir cara untuk mengaktifkan Siri di Whatsapp, di bawah ini kami sediakan langkah mudah.

Buat Panggilan WhatsApp Dengan Siri

Pertama, buka "Setting" di iPhone anda.



Kemudian, pergi ke bahagian "Siri & Search". Di bawah "Ask Siri", pastikan "Listen for Hey Siri" diaktifkan. Ia bertujuan supaya Siri dapat mengenal suara anda apabila menyebut "Hey Siri".



Seterusnya, tatal ke bawah dan pilih "WhatsApp". Di bawah "On Lock Screen", aktifkan "Use with Ask Siri".

Setelah selesai semua langkah di bawah, Siri kini sudah boleh digunakan untuk membalas mesej atau membuat panggilan WhatsApp.

Untuk pengetahuan anda, membuka WhatsApp dengan mesej yang belum dibaca akan menetapkan semula lencana pemberitahuan. Siri kemudian akan mentafsirkan tidak ada mesej yang belum dibaca dan tidak dapat membacanya dengan kuat.

Sumber: WhatsApp, Gadget Now

Berkaitan