Buat Kad Raya Menggunakan Android

Sambutan hari lebaran tidak lengkap tanpa kad raya, kepada anda yang tidak sempat untuk membeli kad untuk dijadikan penyeri buat teman - teman di hari raya, berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk membuat kad raya versi elektronik.

Walaupun "feeling" nya tidak sama seperti kad raya asli, namun sedikit sebanyak terubat juga kerinduan kita. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

Pertama sekali muat turun dan pasang aplikasi "Just Wink - Greeting Cards" melalui pautan dibawah. Ataupun boleh sahaja buat carian pada laman sesawang ApkPure.com

https://apkpure.com/justwink-greeting-cards/com.justwink


Anda akan disajikan dengan pelbagai rekaan kad ucapan yang sangat menarik. Pilih jenis rekaan yang anda berkenan.



 

Anda boleh menambahkan foto pada "Tap to Add Photo", dan tambahkan pesanan di "Tap to Add Message". Anda boleh juga masukkan tanda tangan di "Tap to Sign". Terakhir sekali anda juga boleh kirimkan rakaman suara di "Add Voice Message". Setelah semuanya selesai, klik "Send".



 

Akan muncul pop-up yang meminta anda untuk membuat akaun, klik "Create Free Account". Isikan data-data yang diminta mulai dari "Alamat E-Mail""Nama""Password", dan "Tarikh Lahir".



 

Seterusnya pilih kaedah kiriman yang sesuai. Sama ada melalui "SMS", "E-Mail", ataupun "Twitter". Kemudian isikan "Alamat Penerima" dan "Tarikh Kiriman", akhiri dengan klik "Send".



 

Untuk kiriman menggunakan Whatsapp, anda boleh sahaja menyalin alamatnya pada ruangan berbual. Yang mana kad tersebut akan terus dibuka pada pelayar laman sesawang apabila di klik.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan