Buat Duit Guna Aplikasi Clubhouse

Aplikasi audio Clubhouse perkenal sistem bayaran serta penguwangan (monetization) untuk pengguna dan pencipta di platform tersebut.

Mulai semalam, ciri Clubhouse Payments telah boleh digunakan oleh pengguna yang ingin menghantar wang kepada pencipta. Clubhouse juga sedang melakukan ujian berskala kecil untuk pengguna lain dan akan melepaskannya kepada pengguna lain secara berperingkat.

Ciri ini boleh disamakan dengan ciri yang ditunjukkan oleh platform Patreon, OnlyFans, Ko-fi dan lain-lain. Perbezaannya adalah Clubhouse tidak akan menerima apa-apa bayaran tersebut kerana Clubhouse Payments diurus oleh Stripe.

Oleh kerana itu, bayaran terus kepada pencipta didalam platform itu tidak dipotong dan mereka akan menerima 100% kadar bayaran yang diberi.



Disamping menunjukkan kemampuan pengewangan Clubhouse, ciri ini juga membolehkan pengguna menghantar wang kepada pencipta kegemaran mereka sebagai tanda sokongan.

Clubhouse mulakan langkah baharu ini semenjak pengenalan Twitter Space serta audio rooms yang sedang diuji Instagram. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keuntungan dan memikat sesiapa yang berminat untuk membeli startup ini.

Sumber: slashgear dan reuters