Buang Virus Dalam Android Tanpa Menggunakan Sebarang Aplikasi

Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara mudah dan pantas untuk anda buang sebarang aplikasi bawaan virus ataupun malware. Aplikasi bawaan virus ini biasanya telah anda terpasang dengan tanpa disedari ketika mengakses iklan dalam "browser".

Sesudah ianya terpasang dalam peranti, kebanyakannya tidak dapat di buang lagi kerana sifat malware atau virus tersebut yang sentiasa berjalan seiringan dengan "background prosess" peranti android anda. Cara yang biasa dilakukan oleh pengguna untuk menghapuskan virus ialah dengan membuat "Reset factory setting", akan tetapi kelemahan kaedah tersebut ialah semua data yang tersimpan akan turut dihapuskan.

Jangan risau, berikut kami kongsikan cara-cara untuk menghapuskan aplikasi virus tanpa mengganggu fail atau data anda dalam storan dalaman.

Langkah 1

kenal pasti terlebih dahulu aplikasi bawaan virus yang telah anda terpasang. Sekiranya aplikasi tersebut tidak dapat dibuang dengan cara biasa, maka apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah off kan peranti anda dan hidupkan kembali dengn fungsi " safe mode".



Untuk pengguna peranti Samsung, untuk mengaktifkan fungsi "safe mode" tekan butang "volume up & down" dengan serentak dan jangan lepaskan sehingga peranti siap dihidupkan. Untuk peranti lain seperti Xiaomi, vivo, oppo, sony dan sebagainya boleh lah durujuk cara memasuki "safe mode" nya dalam Youtube ya.



Setelah memasuki fungsi "safe mode" anda akan dapati peranti anda akan menjadi semakin laju, ini kerana hampir kesemua aplikasi yang tidak berkaitan akan di hentikan fungsinya. Mod ini juga boleh diguna pakai untuk melajukan telefon pintar anda, sesuai untuk peranti dengan RAM yang rendah, kerana mod ini hanya menjalankan aplikasi yang asas sahaja, seperti whatsapp, facebook dan sebagainya.



Langkah 2

Seterusnya masuk ke menu setting dan pilih menu apps, cari aplikasi yang anda syaki sebagai virus yang mana tidak dapat dibuang sebelum ini, kemudian "uninstall". 

 



Langkah 3

Sekiranya masih tidak dapat juga dihapuskan aplikasi bawaan virus tersebut, masuk ke menu Security dan pilih "device administrator" . Nyahaktifkan kesemua akses kepada aplikasi yang diragui fungsinya.



Kemudian kembali ke menu Apps tadi, dan cuba jalankan fungsi "uninstall" sekali lagi. Semoga berhasil.

 

Itu sahaja untuk tutorial kali ini, selamat mencuba.