Buang Segera 9 Aplikasi Ini Dari Peranti Android Anda

Aplikasi-aplikasi ini didapati berinteraksi dengan Trojan yang memasang perisian hasad bagi memaparkan lambakan iklan palsu di dalam peranti Android.


Penyelidik keselamatan dari Trend Micro telah menemui 9 aplikasi yang didapati aktif menyerang pengguna peranti Android.

Aplikasi-aplikasi itu dikesan membawa kandungan mencurigakan yang dikenali AndroidOS_BadBooster.HRX oleh pihak Trend Micro dari Google Play Store.

Trend Micro menjelaskan, AndroidOS_BadBooster.HRX mampu mengakses dari jauh ke atas pelayan bagi melakukan serangan berniat jahat seperti memaparkan iklan-iklan palsu serta memasang lebih daripada 3,000 perisian hasad pelbagai jenis ke dalam peranti yang berjaya dijangkitinya.

Aplikasi-aplikasi ini mengaburi pengguna dengan menyamar sebagai aplikasi utiliti seperti aplikasi untuk meningkatkan prestasi peranti.

Kapsyen: Kredit: Trend Micro


Berikut adalah senarai 9 aplikasi Android yang didapati mengandungi AndroidOS_BadBooster.HRX menurut Trend Micro:-



Semakan terhadap aplikasi-aplikasi tersebut didapati sudah tidak lagi ditawarkan di dalam Play Store.

Walaubagaimanapun, dipercayai aplikasi-aplikasi tersebut sudah dimuat turun oleh pengguna lebih daripada 470,000 kali.

Mangsa-mangsanya pula melbatkan pengguna dibeberapa negara utama termasuklah Jepun, negara haram Israel, Taiwan, Amerika Syarikat, India dan lain-lain.

Jadi, sekiranya dikalangan pengguna Android ada memasang aplikasi-aplikasi tersebut, segeralah membaungnya dari peranti Android anda.

Berkaitan