Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
29 Aplikasi Mencurigakan Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store

Buang Segera 8 Aplikasi Kriptowang Palsu Ini Dari Telefon Pintar Anda

Diterbitkan Ogos 23, 2021 · Dikemas kini Ogos 23, 2021 oleh ariff bukhari

Peningkatan minat pengguna terhadap aktiviti perlombongan kriptowang menyebabkan penjenayah siber mengambil kesempatan dengan membangunkan aplikasi kripto palsu yang mengandungi perisian hasad.

Penyelidik keselamatan dari Trend Micro telah melaporkan sejumlah 8 aplikasi berkaitan perlombongan kriptowang yang ditawarkan dalam Play Store sebenarnya adalah aplikasi palsu.

Kesemua aplikasi tersebut yang diimbas oleh Trend Micro dikenali sebagai AndroidOS_FakeMinerPay dan AndroidOS_FakeMinerAd .

Menurut penyelidik aplikasi-aplikasi tersebut memaparkan iklan, menipu pengguna melanggan perkhidmatan berharga USD15 setiap bulan serta mengenakan caj kononnya untuk meningkatkan keupayaan melombong kriptowang.

Malah ada dari aplikasi palsu ini perlu dibeli oleh penggunanya untuk dipasang ke dalam peranti Android.

Ekoran itu, penyelidik Trend Micro telah melaporkan aktiviti aplikasi tersebut kepada Google dan pihak Google telah menyekat aplikasi-aplikasi tersebut.

Berikut adalah 8 aplikasi palsu kriptowang yang dikesan oleh Trend Micro:-

  • BitFunds – Crypto Cloud Mining

Fake Cryptocurrency Mining Apps Trick Victims Into Watching Ads_1a

  • Bitcoin Miner – Cloud Mining

Fake Cryptocurrency Mining Apps Trick Victims Into Watching Ads_1b

  • Bitcoin (BTC) – Pool Mining Cloud Wallet

Fake Cryptocurrency Mining Apps Trick Victims Into Watching Ads_1c

  • Crypto Holic – Bitcoin Cloud Mining

Fake Cryptocurrency Mining Apps Trick Victims Into Watching Ads_1d

  • Daily Bitcoin Rewards – Cloud Based Mining System

Fake Cryptocurrency Mining Apps Trick Victims Into Watching Ads_1e

  • Bitcoin 2021
  • MineBit Pro – Crypto Cloud Mining & btc miner
  • Ethereum (ETH) – Pool Mining Cloud

Jadi sekiranya anda ada memasang aplikasi-aplikasi yang dinyatakan di atas, anda dinasihatkan supaya segera membuangnya dari telefon pintar anda dengan segera.

Sumber: Trend Micro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY