Ini kerana menurut penyelidik keselamatan dari Pradeo, mereka mengesan lagi 6 aplikasi Android telah dijangkiti perisian hasad (malware) Joker.
Berikut adalah 6 aplikasi yang telah dijangkiti Joker dan sudah dibuang dari Google Play Store dari ditawarkan kepada pengguna Android:-
1. Safety AppLock
Package: applock.safety.protect.apps
Version: 6.5
Installs: 10.000+
2. Convenient Scanner 2
Package: com.convenient.scanner.tb
Version: 14.0.4
Installs: 100.000+
3. Push Message-Texting&SMS
Package: sms.pushmessage.messaging
Version: 4.13
Installs: 10.000+
4. Emoji Wallpaper
Package: tw.hdwallpaperthemes.emoji.wallpaper
Version: 14.3
Installs: 10.000+
5. Separate Doc Scanner
Package: sk.pdf.separatedoc.scanner
Version: 2.0.74
Installs: 50.000+
6. Fingertip GameBox
Package: com.theone.finger.games
Version: 3.0.7
Installs: 1000+
Menurut Pradeo, jumlah terkumpul pengguna aplikasi yang dijangkiti Joker di atas berjumlah lebih daripada 200,000 pengguna.
Oleh itu, jika anda pengguna p[eranti Android dan mungkin ada memuat turun aplikasi yang dinyatakan di atas dinasihatkan supaya segera membuang aplikasi tersebut dari peranti.
Sebelum in pada awal tahun ini, Google telah memaklumkan bahawa mereka telah membuang lebih daripada 1,700 aplikasi dari Play Store kerana telah dijangkiti perisian hasad Joker.
Sehingga kini, Google menyatakan bahawa perisian hasad Joker masih menjadi ancaman kepada pengguna Android kerana perisian hasad itu sentiasa berevolusi setiap masa.
Berkaitan
- Peranti TV Android Ini Didapati Turut Mengandungi Perisian Hasad
- Perisian Hasad Tekya Berselindung Disebalik 24 Aplikasi Permainan Kanak-Kanak Dan 32 Aplikasi Utiliti Android
- Perisian Hasad FluBot Kembali Hantui Pengguna Android, Duit Bank Boleh Lesap
- 17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan
- Google Menjadikan Pejabat Mereka Sebagai Pusat Bagi Mendapatkan Vaksin COVID-19
- Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Cortana Di Platfom Android Dan iOS Tahun Depan
- Buang Segera 16 Aplikasi Popular Android Ini Kerana Didapati 'Memakan' Bateri Telefon Pintar
- Aplikasi Pelayar Firefox Lite 2.0 Kini Ditawarkan Kepada Pengguna Android
- Data Perbankan Pengguna Android Di Malaysia Jadi Sasaran, Penggodam Wujudkan Platform Servis Palsu
- Pengguna iPhone Lebih Cermat Memandu Berbanding Pengguna Android - Kajian