Buang Segera 4 Extension Berkaitan Facebook Dan Instagram Dari Pelayar Chrome Anda


Baru-baru ini, Facebook telah mengesan 4 extension yang ditawarkan kepada pengguna pelayar Chrome telah memanipulasi data penggunanya.

Susulan daripada penemuan itu, pihak Facebook Inc. dan Facebook Ireland telah bertindak memfailkan saman terhadap 2 pembangun extension tersebut kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan.

Pemfailan saman itu dibuat di Portugal di bawah Undang-Undang Perlindungan Data Portugal.

Berikut adalah 4 extension Chrome yang didapati memanipulasi data penggunanya:-


  • Blue Messenger 

  • Emoji Keyboard 

  • Green Messenger

  • Web for Instagram Plus DM


Kesemua extension itu yang berkaitan dengan platfom media sosial Facebook dan Instagram dipercayai dimuatkan dengan ciri seperti Spyware.

Pihak Chrome juga telah bertindak dengan membuang semua extension terbabit dari ditawarkan di laman Chrome Store mereka.

Jadi sekiranya anda ada memasang 4 extension tersebut, bolehlah segera membuangnya dari pelayar Chrome anda.

Sumber: Chrome Unboxed, Facebook