Buang 2 Aplikasi Ini Jika Ia Ada Dipasang Pada Telefon Pintar Anda

Google Play Store sehingga kini sedia menawarkan jutaan aplikasi dan dengan jumlah yang banyak itu, pasti ada yang diselitkan dengan perisian hasad mahupun iklan.

Baru-baru ini, penyelidik dari Wandera telah menemukan dua aplikasi yang mempunyai perisian iklan pop-up yang menggangu. Selain mengaut keuntungan daripada iklan tersebut, ia juga boleh menyebabkan isu lain kepada peranti terutama sekali bateri kerana iklan aktif berjalan pada latarbelakang.

Dua aplikasi dimaksudkan ialah Sun Pro Beauty Camera dan Funny Sweet Beauty Selfie yang dikatakan telah dimuat turun lebih dari 1.5 juta kali dari Google Play Store.



Selain daripada iklan, penyelidik juga menyatakan aplikasi itu turut dikenal pasti meminta kebenaran terhadap ciri-ciri dalam peranti yang membuka risiko kepada kecurian data. Contohnya seperti kebenaran untuk merekod audio pada bila-bila masa, ia membolehkan aplikasi berkenaan menggunakan mikrofon untuk mendengar sebarang bunyi disekitar peranti tanpa pengesahan daripada pengguna terlebih dahulu.

Difahamkan, kedua-duanya sudah dbuang dari senarai muat turun Google Play Store dan penyelidik turut menyarankan pengguna untuk menyahpasang aplikasi itu.

Sumber: Wandera