Ikuti kami di media sosial

Berita

Buang 17 Aplikasi Android Ini Untuk Elakkan Iklan Keterlaluan Dalam Peranti

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Saban tahun kita mendengar ada saja aplikasi Android yang memberi kesan buruk kepada pengguna. Kini menambah koleksi tersebut adalah 17 aplikasi yang dikesan memaparkan iklan secara agresif.

Berdasarkan laporan BitDefender, pasukan penyelidiknya telah mengesan 17 aplikasi itu yang dikelaskan sebagai Riskware, bukannya perisian hasad. Namun mereka menasihatkan pengguna supaya tidak memuat turun aplikasi berkenaan.

Apabila aplikasi-aplikasi ini selesai dipasang, ia akan menyembunyikan kewujudannya dalam peranti serta terus-menerus memaparkan iklan.

Walaupun iklan yang dipaparkan itu tidak berbahaya, namun mekanisma yang digunakan pembangun aplikasi dalam mengelak saringan Google Play Store mirip seperti aplikasi perisian hasad.

Berikut merupakan 17 aplikasi yang disenaraikan BitDefender:

  1. Car Racing 2019
  2. 4K Wallpaper (Background 4K Full HD)
  3. Backgrounds 4K HD
  4. QR Code Reader & Barcode Scanner Pro
  5. File Manager Pro – Manager SD Card/Explorer
  6. VMOWO City: Speed Racing 3D
  7. Barcode Scanner
  8. Screen Stream Mirroring
  9. QR Code – Scan & Read a Barcode
  10. Period Tracker – Cycle Ovulation Women’s
  11. QR & Barcode Scan Reader
  12. Wallpapers 4K, Backgrounds HD
  13. Transfer Data Smart
  14. Explorer File Manager
  15. Today Weather Radar
  16. Mobnet.io: Big Fish Frenzy
  17. Clock LED

Kesemua aplikasi ini sudah dimuat turun lebih dari 550,000 kali dari Google Play Store. Dikatakan juga, Google sedang menjalankan kerja-kerja membuang aplikasi yang terlibat.

Jadi sekiranya ada diantara anda yang menggunakan aplikasi ini, bolehlah membuangnya dengan segera.

Sumber: BitDefender

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Berita

Vivo APEX 2020 Hadir Dengan Pengecasan Tanpa Wayar 60W Dan Kamera Bawah Skrin 16MP

Syifa' Syakinah

Ditulis

pada

vivo APEX 2020

Hari ini vivo memperkenalkan telefon pintar siri APEX generasi ketiga iaitu APEX 2020. Siri APEX ini merupakan peranti konsep bercirikan bezel nipis, nisbah skrin yang tinggi, kamera hadapan terangkat dan sebagainya.

APEX 2020 memaparkan Paparan FullView Edgeless 120 darjah berbanding sebelum ini hanya 90 darjah. Sisinya menyediakan kesan visual, interaksi dan sentuhan. Sedikit berbeza berbanding vivo NEX 3 yang didatangkan dengan ”paparan air terjun”. Skrin pada peranti ini didatangkan dengan saiz 6.45 inci.

Peranti ini mempunyai keupayaan 5-7.5X zoom optikal dan 48MP kamera dengan penstabilan seakan gimbal. Dengan keupayaan 5-7.5X zoom optikal, rakaman potret menghidangkan kualiti yang lebih baik.

Zoom optikal juga membolehkan pengguna zoom pada subjek untuk mendapatkan pandangan yang lebih dekat dan memberikan kualiti gambar yang lebih baik. Selain itu dengan ciri gimbal pada kamera 48 MP, ia dapat mengimbangi pergerakan ketika merakam gambar dan memastikan penghasilan yang stabil.

Bagi kamera hadapan pula, vivo APEX 2020 membawakan inovasi dengan mengadakan kamera di bawah skrin dan dijana dengan 16MP.

Dikhabarkan telefon pintar APEX 2020 hadir pengecasan tanpa wayar Super FlashCharge 60W. Peranti ini dimuatkan dengan bateri yang berkapasiti 2000mAh dan dengan hanya 20 minit sahaja peranti tersebut dapat dipenuhkan. Telefon pintar dengan bateri yang tahan lama merupakan salah satu perkara yang penting bagi pilihan pengguna. Ini kerana ia dapat memudahkan urusan seharian dan sebagainya.

Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan, pengguna boleh meramalkan hanya beberapa sahaja akan dibawa pada sebenar kelak.

 

Teruskan Bacaan

Berita

Boost Tawar Insurans Perlindungan Covid-19 Secara Percuma Kepada Rakyat Malaysia

Syifa' Syakinah

Ditulis

pada

boost

Boost bersama Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah bekerjasama dalam menawarkan Prudential Life Insurance secara percuma melalui Special Novel Coronavirus COVID-19 Coverage khusus kepada pengguna e-dompet Boost. Inisiatif ini bertujuan untuk melindungi rakyat Malaysia berikutan wabak Covid-19.

Bermula 24 Februari sehingga 30 April 2020, bagi pengguna Boost yang belum mendaftar PAMB dan Prudential BSN Takaful layak untuk mendapatkan perlindungan Group Term Life Insurance yang bernilai RM 5,000. Tawaran ini juga akan layak jika pengguna mendiagnosis di salah satu daripada 26 hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Untuk mendaftar Prudential Life Insurance percuma dengan perlindungan Covid-19, pengguna perlu klik butang ”COVID-19 Coverage” di aplikasi Boost.

Insurans perlindungan dapat digunakan bagi mereka yang berumur 18 sehingga 55 tahun. Ia terhad kepada 200,000 orang pertama dan satu pendaftaran sahaja bagi setiap pengguna. Pengguna aplikasi Boost akan mendapat satu pengesahan dalam masa tiga hari bekerja bermula dari tarikh permohonan.

 

Teruskan Bacaan

Berita

G-Shock Lancarkan Jam Tangan Pintar Dengan Ciri Pantau Degup Jantung

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Jenama jam tangan popular, G-Shock kini hadir dengan penawaran jam tangan pintar melalui model GBD-H1000. Ia menyediakan sejumlah ciri baik untuk bersaing dengan pesaing yang lain.

GBD-H1000 dimuatkan dengan fungsi 5 sensor bagi pemantauan degup jantung, mengukur altitud, kompas, suhu, kiraan langkah serta jarak yang telah dilalui. Ia turut disertakan dengan fungsi GPS yang memerlukan informasi lokasi pengguna.

Setiap maklumat boleh diakses pengguna menerusi aplikasi khusus yang dipasang pada telefon pintar. Selain daripada pengecasan menggunakan port USB, isian bateri juga boleh digunakan melalui solar.

Penggunaan mod Training bersama GPS serta fungsi pemantauan degup jantung boleh menguasakan jam tangan sehingga 14 jam. Sementara mod Time termasuk dengan kiraan langkah dan fungsi notifikasi pula boleh memberikan nyawa sehingga 12 bulan. Jangkaan tempoh kuasa bateri ini dilakukan untuk satu pengecasan penuh tanpa ciri pengecasan solar dan ia bergantung kepada penggunaan.

 

GBD-H1000 mempunyai ciri ketahanan air sehingga kedalaman 200 meter. Ia ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Putih x Hitam, Hitam, Merah dan Merah x Hitam. Harga pasaran global belum diketahui lagi tetapi model ini dijual pada nilai 50,000 yen di pasaran Jepun, kira-kira ~RM1940 mengikut tukaran mata wang asing semasa.

Sumber: Casio

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular