Bosan Punya Pasal, Pelancong 'Godam' Monitor Lapangan Terbang Untuk Main Apex Legends

Menunggu selama berjam-jam di lapangan terbang sudah semestinya akan membuatkan anda bosan. Untuk menghilangkan kebosanan, seorang pelancong lelaki dilaporkan 'menggodam' salah satu paparan rasmi yang digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland untuk bermain Apex Legends.

Menggunakan terma 'godam' sebenarnya adalah kurang tepat kerana apa yang dilakukannya hanyalah mencucuk kabel HDMI sahaja. Beliau tanpa segan silu menggunakan paparan lapangan terbang tersebut untuk memainkan konsol PS4 yang dibawanya. Tidak pasti sama ada beliau melancong tanpa membawa paparan untuk PS4 tersebut, atau mahu mengambil kesempatan atas teknologi yang terdapat disekitarnya.

Ada antara pelancong lain yang sedar akan kejadian tersebut lantas mengambil gambar dan memuat naiknya di laman Twitter. Di bawah ini merupakan kicauannya.

https://twitter.com/coyotetrips/status/1218197418707210243

Keseronokan bermain permainan Apex Legends tersebut tidak bertahan lama. Salah seorang pegawai bertugas menyedari insiden berkenaan dan memintanya untuk berhenti bermain.

Lelaki tersebut telah diminta untuk berhenti dari menggunakan paparan tersebut. Namun, beliau sebaliknya membalas mahu menghabiskan dahulu permainan yang sedang dimainkan. Seperti yang dijangka, jawapan yang diberikan adalah tidak dan permainan terus dihentikan serta-merta.

"Perkara ini sesuatu yang kita tidak mahu terjadi kerana pelancong sangat memerlukan maklumat yang terpapar dalam skrin paparan tersebut." Jurucakap dari Port of Portland, Kama Simonds.

Menurut Simonds, interaksi antara beliau dengan pelancong tersebut sangat sopan dan mesra. Tambahannya lagi, ini merupakan peringatan bagi semua pihak terutamanya pelancong untuk tidak melakukan perkara yang tidak senonoh di lapangan terbang.

Sumber: Oregon Live

Berkaitan