Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lapangan terbang apex legends

Bosan Punya Pasal, Pelancong ‘Godam’ Monitor Lapangan Terbang Untuk Main Apex Legends

Diterbitkan Januari 28, 2020 ยท Dikemas kini Januari 28, 2020 oleh Meor Hasyim

Menunggu selama berjam-jam di lapangan terbang sudah semestinya akan membuatkan anda bosan. Untuk menghilangkan kebosanan, seorang pelancong lelaki dilaporkan ‘menggodam’ salah satu paparan rasmi yang digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland untuk bermain Apex Legends.

Menggunakan terma ‘godam’ sebenarnya adalah kurang tepat kerana apa yang dilakukannya hanyalah mencucuk kabel HDMI sahaja. Beliau tanpa segan silu menggunakan paparan lapangan terbang tersebut untuk memainkan konsol PS4 yang dibawanya. Tidak pasti sama ada beliau melancong tanpa membawa paparan untuk PS4 tersebut, atau mahu mengambil kesempatan atas teknologi yang terdapat disekitarnya.

Ada antara pelancong lain yang sedar akan kejadian tersebut lantas mengambil gambar dan memuat naiknya di laman Twitter. Di bawah ini merupakan kicauannya.

This guy has his video game plugged into one of the airport monitors.
Seen yesterday at @flypdx. pic.twitter.com/9bTqc9i2Ya

— Stefan Dietz ๐Ÿ๏ธ๐ŸŒŽ . ๐Ÿš’ . ๐Ÿ”ง (@coyotetrips) January 17, 2020

Keseronokan bermain permainan Apex Legends tersebut tidak bertahan lama. Salah seorang pegawai bertugas menyedari insiden berkenaan dan memintanya untuk berhenti bermain.

Lelaki tersebut telah diminta untuk berhenti dari menggunakan paparan tersebut. Namun, beliau sebaliknya membalas mahu menghabiskan dahulu permainan yang sedang dimainkan. Seperti yang dijangka, jawapan yang diberikan adalah tidak dan permainan terus dihentikan serta-merta.

“Perkara ini sesuatu yang kita tidak mahu terjadi kerana pelancong sangat memerlukan maklumat yang terpapar dalam skrin paparan tersebut.” Jurucakap dari Port of Portland, Kama Simonds.

Menurut Simonds, interaksi antara beliau dengan pelancong tersebut sangat sopan dan mesra. Tambahannya lagi, ini merupakan peringatan bagi semua pihak terutamanya pelancong untuk tidak melakukan perkara yang tidak senonoh di lapangan terbang.

Sumber: Oregon Live

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY