Boost Kongsikan Lima Langkah Cegah Covid-19

Sekitar seminggu yang lalu, kes jangkitan wabak koronavirus meningkat empat kali ganda di Malaysia iaitu sebanyak 129 kes. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga berusaha untuk mengurangkan wabak ini di Malaysia dengan cara memberi penerangan kepada orang ramai tentang penjagaan kesihatan dan keselamatan diri.

Syarikat e-Dompet Boost juga turut kongsikan lima langkah mudah bagi mengurangkan risiko berjangkit seperti di bawah :

1. Mengamalkan kebersihan


Cuci tangan anda selama 20 saat dengan kerap menggunakan sabun. Hanya menggunakan sabun biasa sahaja sudah cukup, tidak perlu sabun antibakteria. Anda juga boleh gunakan sanitizer untuk kekalkan kebersihan tangan.

2. Tidak sentuh mulut, mata dan hidung


Penularan wabak ini bermula dengan anggota badan mulut, mata dan hidung. Elakkan menyentuh anggota tersebut kerana jika anda sentuh semakin tinggi risiko untuk terkena jangkitan.

cuci telefon

3. Bersihkan telefon anda


Skrin telefon merupakan permukaan yang paling kerap kita sentuh. Oleh itu, anda disarankan untuk bersihkan permukaan pada telefon dan kerap mencuci tangan selama 20 saat.

4. Beli produk kebersihan yang perlu sahaja


Lakukan pembelian kepada barang yang anda perlukan sahaja seperti topeng muka dan cecair pembersih tangan.

ewallet boost

5. Gunakan e-Dompet


Penggunaan wang tunai memerlukan pertukaran antara tangan ke tangan. Cara ini juga berisiko kepada jangkitan kerana permukaan wang boleh membawa bakteria atau virus. Oleh sebab itu, penggunaan e-Dompet pada masa kini sangat digalakkan bagi kaedah pembayaran. Antara salah satu e-Dompet yang pengguna boleh gunakan adalah e-Dompet Boost. Pengguna boleh menggunakan e-Dompet Boost bagi kemudahan urus niaga dan sebagainya

Boost juga bekerjasama dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dalam menawarkan Prudential Life Insurance secara percuma melalui Special Novel Coronavirus COVID-19 Coverage khusus kepada pengguna e-dompet Boost. Pengguna Boost juga layak untuk mendapatkan perlindungan Group Term Life Insurance yang bernilai RM 5,000 jika pengguna mendiagnosis di salah satu daripada 26 hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Berkaitan