"Boost" kan Signal 4G Peranti Xiaomi Anda Tanpa Sebarang Aplikasi

Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara-cara untuk "boost" kan signal 4G bagi peranti Android Xiaomi tanpa menggunakan sebarang aplikasi. Cara ini boleh juga digunakan kepada peranti android yang lain sekiranya sesuai.

Triknya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Dail kod berikut pada peranti xiaomi anda.



Langkah 2

Kemudian akan muncul paparan berikut. Pilih Phone 1 ataupun 2 mengikut kad sim mana yang anda guna sebagai sambungan internet.



 

Langkah 3

Seterusnya klik pada menu seperti dalam gambar dibawah.



Langkah 4

Maka paparan berikut akan muncul, pilih sahaja LTE only untuk "paksa" peranti anda kekal dengan sambungan tersebut agar sentiasa mendapat signal 4G.



Apa pun sekiranya kawasan yang anda diami tersebut tiada disediakan perkhidmatan 4G, kaedah ini tidak akan memberi sebarang manfaat. Satu sahaja kelemahan teknik ini iaitu sekiranya anda memilih LTE only maka peranti anda tidak dapat menerima ataupun membuat panggilan keluar. Anda perlu tetapkannya kepada 3G terlebih dahulu sekiranya ingin membuat panggilan telefon.

Sekiranya anda menggunakan peranti Android selain daripada Xiaomi, boleh sahaja menggunakan kaedah ini sekiranya sesuai ataupun boleh cuba muat turun aplikasi 4G LTE Switch daripada Playstore. Semoga bermanfaat.