Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Boost” kan Signal 4G Peranti Xiaomi Anda Tanpa Sebarang Aplikasi

“Boost” kan Signal 4G Peranti Xiaomi Anda Tanpa Sebarang Aplikasi

Diterbitkan September 28, 2017 oleh Tips Gajet

Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara-cara untuk “boost” kan signal 4G bagi peranti Android Xiaomi tanpa menggunakan sebarang aplikasi. Cara ini boleh juga digunakan kepada peranti android yang lain sekiranya sesuai.

Triknya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Dail kod berikut pada peranti xiaomi anda.

“Boost” kan Signal 4G Peranti Xiaomi Anda Tanpa Sebarang Aplikasi

Langkah 2

Kemudian akan muncul paparan berikut. Pilih Phone 1 ataupun 2 mengikut kad sim mana yang anda guna sebagai sambungan internet.

“Boost” kan Signal 4G Peranti Xiaomi Anda Tanpa Sebarang Aplikasi

 

Langkah 3

Seterusnya klik pada menu seperti dalam gambar dibawah.

“Boost” kan Signal 4G Peranti Xiaomi Anda Tanpa Sebarang Aplikasi

Langkah 4

Maka paparan berikut akan muncul, pilih sahaja LTE only untuk “paksa” peranti anda kekal dengan sambungan tersebut agar sentiasa mendapat signal 4G.

“Boost” kan Signal 4G Peranti Xiaomi Anda Tanpa Sebarang Aplikasi

Apa pun sekiranya kawasan yang anda diami tersebut tiada disediakan perkhidmatan 4G, kaedah ini tidak akan memberi sebarang manfaat. Satu sahaja kelemahan teknik ini iaitu sekiranya anda memilih LTE only maka peranti anda tidak dapat menerima ataupun membuat panggilan keluar. Anda perlu tetapkannya kepada 3G terlebih dahulu sekiranya ingin membuat panggilan telefon.

Sekiranya anda menggunakan peranti Android selain daripada Xiaomi, boleh sahaja menggunakan kaedah ini sekiranya sesuai ataupun boleh cuba muat turun aplikasi 4G LTE Switch daripada Playstore. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY