Ikuti kami di media sosial

Berita

Bonjour!: Wiko Upulse, Telefon Dari Perancis Dengan Rekaan Seksi Dan Ciri Kamera Yang Menarik Menjadikannya Telefon Bajet Paling Berbaloi 2017.

Haikel Areff

Ditulis

pada

Tahun lepas kita diperkenalkan dengan model Ufeel yang mengetangahkan telefon pintar kelas pertengahan dengan harga yang berpatutan. Tahun ini sekali lagi Wiko menampilkan satu lagi model baru yang bakal membuka mata semua, telefon berkemampuan tinggi dengan harga yang sangat rendah.

Memperkenalkan Wiko Upulse. Telefon ini boleh kami katakan memfokuskan kepada pengguna yang mahukan telefon yang boleh dipercayai dan praktikal di bawah takuk harga RM1000.

REKAAN LUAR

Wiko Upulse dibina dengan kerangkan besi premium yang menampilkan bucu lengkung. Dengan ukuran 77.5 mm x 153.5 mm x 8.5 mm dan berat 167 gram, peranti ini sangat selesa untuk dipegang.

Telefon ini memiliki paparan skrin IPS HD berukuran 5.5 inci bersama resolusi 720p yang memastikan paparan yang jelas. Ianya juga turut dibina dengan skrin 2.5 D yang mempamerkan skrin yang lebih tebal untuk keselesaan pengguna.

Pengguna sentiasa boleh menaikkan kecerahan maksimum untuk memastikan paparan yang sentiasa jelas semasa penggunaan di waktu tengahari. Dengan 3 butang di bahagian kanan telefon ini, ianya dilihat sangat mudah untuk dikawal dengan sebelah tangan terutamanya dengan ibu jari.

SPESIFIKASI DALAMAN

Peranti ini menggunakan cip pemprosesan 4-teras MediaTek MT 6737. Untuk unit pemprosesan pula, ia menggunakan ARM Cortex-A53 yang telah dikunci kelajuan jamnya pada 1.3 GHz. Untuk cip grafik, Wiko U Pulse menggunakan cip ARM Mali-T720.

Dari segi prestasi, telefon ini sudah memadai untuk pengguna mengerah sepenuhnya RAM bersaiz 3GB dan kapasiti bateri 3000 mAh untuk memastikan penggunaan yang lancar ketika menonton video HD atau bermain permainan seperti Asphalt 8 yang tinggi grafiknya tanpa gangguan.

Didalam peranti ini juga dimuatkan dengan storan dalaman 32 GB dan turut menyokong kad microSD untuk simpanan luaran tambahan. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menggunakan rekaan dua kad sim.

Dari segi perisian pula, Ufeel Prime menggunakan sistem operasi Android Nougat berserta dengan UI dari Wiko sendiri. Jika dilihat ianya seolah-olah telefon stok android dengan penambahan tema dari Wiko sendiri yang unik dan kemas. Dari pemerhatian kami, tidak banyak aplikasi bloatware yang terdapat di dalam peranti ini. Ianya kelihatan lebih clean cut dan ringkas.

Banyak ciri-ciri menarik yang diketengahkan seperti paparan Split Ccreen untuk pengguna yang gemar melakukan dua tugasan pada waktu yang sama. Untuk penjimatan penggunaan bateri, penguna boleh mengaktifkan ciri Eco Mode.

KAMERA

Keupayaan kamera yang dibawakan oleh telefon ini agak mengejutkan kami. Dengan sensor 13-Megapiksel dan aperture f/2.0, sememangnya peranti ini menghasilkan gambar yang agak tajam.

Fungsi autofokus juga sangat responsif dan laju. Pengguna dapat membezakan latar belakang dan objek dengan mudah.

Antara muka aplikasi kamera Wiko Upulse juga distruktur semula daripada model sebelum ini dengan rekaan yang lebih minimalis dan praktikal.

Dan yang paling menarik sekali, pengguna dapat menggunakan fungsi HDR dan Super Pixel untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas dan tajam terutamanya semasa dalam keadaan low-light.

Contoh gambar diambil dalam bilik yang gelap dengan bantuan HDR dan Super Pixel menghasilkan gambar yang agak fantastik.

Kamera selfie pula mempunyai sensor 8-Megapiksel bersama lampu flash. Hasil gambar menggunakan kamera hadapan juga sangat memberangsangkan. Pengguna boleh menaik taraf wajah dengan ciri Beauty yang disediakan yang dapat menghilangkan bitnik-bintik hitam dan jerawat dimuka supaya nampak lebih jambu. Penulis tidak menggunakan ciri ini atas alasan bersyukur dengan ciptaan tuhan. Cewahh!

HARGA

Wiko Upulse ini dijual di pasaran Malaysia hanya pada RM 799. Tidak banyak isu yang dapat kami kenal pasti tentang telefon ini. Spesifikasi yang diketangahkan adalah seperti yang sedia maklum untuk takuk harga di bawah RM 1000.

Apa yang paling menarik perhatian kami adalah binaan luar yang premium dan antaramuka kamera dengan pelbagai ciri yang sangat intuitif. Kepada pengguna yang mahukan telefon pintar value for money, inilah jawapannya.

Ikuti kami di Facebook : Wiser.my

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Berita

LG Umum Model Baharu K61, K51S, Dan K41S – Kesemua Skrin Bersaiz 6.5 Inci Dan Bateri 4000mAh

Avatar

Ditulis

pada

Siri K dalam keluarga LG merupakan peranti kelas pertengahan. Berbanding dengan kelas flagship seperti siri G dan juga V, harganya lebih berpatutan dengan spesifikasi lebih rendah. Hari ini jenama tersebut mengumumkan 3 model baharu iaitu K61, K51S, dan K41S.

Kesemua model tersebut menggunakan skrin bersaiz 6.5 inci, sokongan ketahanan MIL-STD 810G, dan juga bateri berkapasiti 4,000mAh. Model yang paling premium adalah K61 diikuti oleh K51S, dan K41S.

LG K61

Peranti ini dikuasakan oleh cip 8 teras 2.3GHz yang tidak dinyatakan. Skrinnya mempunyai nisbah 19.5:9 FHD+ dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB/128GB.  Untuk kamera ia mempunyai 4 lensa – 48MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP makro + 5MP depth.  Manakala kamera swafoto pula adalah 16MP.

LG K51S

Peranti ini mempunyai resolusi lebih rendah pada HD+ yang sedikit memanjang dengan nisbah 20:9. Untuk memori ia menggunakan 3GB/32GB. Kamera pula 4 lensa – 13MP utama + 5MP sudut lebar + 2MP makro + 2MP depth. Swafoto pula adalah 8MP. Cip yang digunakan pula adalah sama dengan LG K61 iaitu 8 teras 2.3GHz.

LG K41S

LG K41S merupakan model spesifikasi paling rendah dengan cip 8 teras 2.0GHz. Ia menggunakan 3GB RAM dan juga storan dalaman 32GB. Untuk kamera, terdapat 4 lensa iaitu 13MP utama + 5MP sudut lebar + 2MP makro + 2MP depth. Swafoto pula adalah 8MP. Paparan peranti adalah sama dengan LG K51S yang menggunakan nisbah 20:9 dengan resolusi HD+.

Kesemua peranti menggunakan sambungan USB Type-C, Bluetooth 5.0, NFC dan juga didatangkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

LG akan mula memasarkan model-model ini pada suku kedua 2020 bermula dengan A.S. Pasaran seterusnya pula adalah di negara Eropah dan Asia. Untuk harga, ia tidak dinyatakan buat masa ini.

Sumber: LG

Teruskan Bacaan

Berita

OnePlus 8 Pro Akan Hadir Dengan Sokongan Kalis Air IP68

Amalina Athman

Ditulis

pada

Siri OnePlus 8 dilaporkan mungkin akan mempunyai sokongan kalis air dan habuk IP68. Sebelum ini, telefon pintar OnePlus tidak menawarkan penarafan IP kerana ia akan meningkatkan kos keseluruhan bagi telefon pintar dan mendakwa peranti tersebut menyokong kalis air dalam beberapa darjah.

Oleh itu, ia mungkin satu berita baik bagi pengguna OnePlus jika siri terbaru tersebut akan tiba dengan pensijilan rasmi IP. Namun, ia masih belum disahkan oleh syarikat tersebut buat masa ini.

OnePlus 8 Kalis Air IP68

Dalam satu ciapan di Twitter, Max.J berkongsi imej telefon pintar OnePlus dengan perkataan “Water”. Pada masa ini, ia juga masih belum diketahui jika hanya model OnePlus 8 Pro yang akan menerima sokongan ini, bagi mengurangkan impak keuntungan, atau jika ia akan menjadi fungsi biasa bagi semua siri OnePlus 8 ini.

Walaupun syarikat itu dengan jelas melihat tiada keperluan untuk menyokong penarafan IP dalam telefon pintar keluarannya, namun ia adalah sesuatu yang bernilai bagi meningkatkan ciri-ciri telefon pintar dan menjadikannya lebih baik untuk bersaing dengan telefon pintar flagship jenama lain.

Terdahulu, OnePlus dikatakan mempunyai saiz 6.5 inci dari jenis Super AMOLED dan kadar penyegaran 120Hz.

Sumber: GizmoChina

Teruskan Bacaan

Berita

UUM, UTeM Dan UPM Akan Guna e-Dompet KipleUNI

Syifa' Syakinah

Ditulis

pada

kiplepay

Bank Islam Malaysia Bhd telah bekerjasama dengan KiplePay Sdn Bhd bagi memperluaskan perkhidmatan e-dompet KipleUNI kepada tiga universiti awam. KipleUNI adalah program kerjasama utama disediakan untuk memacu teknologi kewangan melalui urus niaga digital dan tanpa tunai.

Perkhidmatan tersebut kini boleh didapati di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan 70% daripada jumlah pelajar menggunakan perkhidmatan itu. Ia juga akan diikuti oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM) dan Univsersiti Putra Malaysia (UPM).

Pada Julai tahun lepas, Bank Islam dan KiplePay menandatagani Memorandum Persefahaman untuk menyediakan perkhidmatan dompet elektronik (e-dompet).

Perkhidmatan ini tidak terhad kepada pelajar dan kakitangan universiti. Malahan, ia juga boleh digunakan oleh peniaga Bank Islam dan mendapat manfaat daripada kerjasama ini. KiplePay menggalakkan pertumbuhan perniagaan dalam platform di dalam dan luar talian.

Selain itu, lebih banyak ciri-ciri menarik disediakan untuk universiti melalui penyelesaian pembayaran digital disatukan, termasuk Kenali Pelanggan Anda elektronik (e-KYC) yang mendigitalkan kad pengenalan pelajar, e-kehadiran dan banyak perkhidmatan universiti lain yang terdapat dalam ekosistem itu.

Sumber : Bernama

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular