Bonjour! Telefon Rekaan Dari Perancis, Wiko View Dan View Prime Diperkenalkan

Kebanyakkan telefon ketika ini masing-masing mempamerkan model paparan 18:9, dan Wiko, sebuah jenama telefon pintar yang semakin popular ini juga tidak ketinggalan.



Dalam pelancaran model baru mereka baru-baru ini, Wiko memberitahu mereka masih lagi mengekalkan prinsip mereka dengan mengetengahkan telefon pintar kelas pertengahan seperti sebelum ini.

Pertama sekali Wiko View Prime. Secara jujurnya, rekaan luaran kedua-dua model ini tidak jauh bezanya berbanding telefon flagship yang berada di pasaran ketika ini. Dengan bezel yang nipis dan paparan skrin 5.7 inci IPS 720p sedikit lengkung di sisi, ianya sangat selesa dipegang.



View Prime dimuatkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 430 digandingkan dengan RAM bersaiz 4GB dan juga storan dalaman 64GB.



Yang menjadi buah mulut pihak Wiko dalam pelancaran tersebut adalah tetapan dwi-kamera selfie di bahagian hadapan peranti ini. Dwi-kamera 20MP + 8MP dengan ciri sudut luas membenarkan pengguna mengambil gambar selfie beramai-ramai.

Kamera selfie juga dilengkapi dengan ciri 'bokeh' dan pada pandangan kami, ianya tidaklah begitu hebat seperti yang dibawakan oleh telefon flagship lain, tetapi pada kami untuk kelas pertengahan, ianya adalah satu kesungguhan yang patut di puji.



Di bahagian belakang diletakkan kamera 13MP, pengimbas cap jari dan LED flash. Peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri bersaiz 3,000mAh dan dijual pada harga RM 1199.



Untuk model View pula memperlihatkan spesifikasi sedikit rendah berbanding model View Prime. Ianya hadir dengan cip pemprosesan 425 bersama RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Model View dibina dengan kamera utama 13MP dan kamera selfie 16MP bersama bateri bersaiz 2,900mAh. Ianya dijual pada harga RM 899.