Bongkah Bulan Seberat 13.5kg Ini Dijual Pada Harga RM 10.8 Juta

Pernahkan anda terfikir mahu membeli bulan? Atau sekurang-kurangnya dapat memiliki sebahagian dari elemen angkasa lepas tersebut? Untuk yang mahu memiliki 'bulan', baru-baru ini Christie's, sebuah platform lelong berpengkalan di British telah menyiarkan bongkah bulan yang dijual untuk jualan peribadi.

 

Christie's sebelum ini sememangnya sudah dikenali dengan menjual barangan unik yang tidak terdapat pada mana-mana pasaran lain. Bongkah bulan itu dilabelkan sebagai NWA 12691 sekarang ini telah disenaraikan di laman web mereka dan dijual pada harga RM 10.8 juta tukaran wang Malaysia.
MNWA 12691 — a massive specimen of the Moon. Lunar Feldspathic Breccia. Sahara Desert, Western Sahara. Offered for private sale at Christie’s. View books and science objects currently available for private sale at Christie’s

Bongkah bulan ini diperoleh melalui seorang pengkaji yang tidak dikenali di Afrika Utara pada tahun 2018 dan mempunyai berat 13.5kg. Ia  merupakan bongkah bulan kelima yang terbesar pernah dijumpai di Bumi buat masa ini dan dikatakan sebahagian dari pecahan Bulan ketika asteroid melanggar elemen cakarawala tersebut.

Berkenaan dimensinya, ia dikatakan muat-muat jika diletakkan dalam kereta yang kecil. Sudah tentu ia patut dijual pada harga yang mahal disebabkan eksklusivitinya, namun apa yang utama adalah ia mengandungi elemen mineral yang asing dan juga tidak pernah dijumpai di muka Bumi ini.

Angkasawan NASA sebelum-sebelum ini sudah pun membawa masuk 400kg berat bongkah bulan melalui penjelajahan Apollo, namun berbeza dengan NWA 12691 ini, ia merupakan sebahagian dari 650kg bulan yang wujud pada muka Bumi.

Jika anda ada menjanjikan bulan bintang kepada pasangan anda, mungkin anda boleh mula menabung untuk menunaikan impian dan menghadiahkan bulan kepada mereka. Cuma, kena korek tabung sikitlah.

Sumber: Christie's