BOE Mahu Pecah Monopoli Samsung Dengan Bekalkan Paparan OLED Pada Apple

BOE pembekal utama paparan OLED siri Huawei Mate 20 dilapor akan memberi saingan kepada Samsung dalam pasaran tersebut.

Difahamkan, BOE akan meningkatkan lagi pengeluaran skrin OLED yang diintegrasikan bersama sensor sentuhan dengan menaik taraf fasiliti mereka di Sichuan.

Buat masa sekarang, paparan OLED pada iPhone hanya dibekalkan oleh Samsung dan LG. Samsung sudah lama menerajui pasaran OLED dan pada awal, mereka merupakan satu-satunya pembekal yang mampu memenuhi permintaan Apple.

BOE sudahpun membekalkan paparan untuk iPad dan Macbook dan ia berkemungkinan besar menjadi pembekal kepada iPhone generasi akan datang.

Sumber: The Investor via GSMArena