Agak mengejutkan kerana Samsung sebagai peneraju dalam teknologi skrin tidak menggunakan paparan milik mereka sebaliknya menggunakan paparan milik syarikat lain. Lebih-lebih lagi ia merupakan paparan untuk Galaxy S21, sebuah peranti mercu dan bukannya peranti kelas pertengahan atau bajet.
Sebab sebenar penggunaan paparan BOE ini tidak dinyatakan kerana laporan ini adalah bersifat ura-ura dan tidak dirasmikan. Walau bagaimanapun, laporan terbaharu menyatakan bahawa paparan BOE ini tidak melepasi kualiti yang dipinta oleh Samsung.
https://twitter.com/UniverseIce/status/1270550271769243648
Ini membuatkan Galaxy S21 nanti berkemungkinan besar akan menggunakan paparan milik Samsung sendiri.
Masih tidak pasti apakah tujuan sebenar mengapa Samsung mengggunakan paparan milk BOE. Dan jika Samsung menggunakan paparan milik mereka, adakah ia akan memaksa peranti jadi mahal lebih dari sepatutnya.
Perlu diingatkan bahawa Apple tahun ini juga menggunakan paparan OLED dari BOE untuk mengurangkan kos pembuatan iPhone 12 mereka. Samsung mungkin memerlukan piawaian atau teknologi yang lebih tinggi terutamanya untuk peranti terbaharu mereka. Jadi, disebabkan itu BOE tidak mampu untuk menepati keperluan seperti yang Samsung mahu.
Sumber: Ice Universe
Berkaitan
- Samsung Galaxy Tab A7 Kini Di Malaysia Pada RM999 - Tablet 7040mAh Dengan Cip Snapdragon 662
- Omnivision Tak Mahu Kalah Dengan Samsung, Dia Pun Ada Sensor 200MP
- Stylus S-Pen Untuk Galaxy S21 Ultra Perlu Dibeli Berasingan, Telefon Tiada Lubang Untuk Menyimpan S-Pen
- Samsung Mengacah Peranti Boleh Lipat Dengan Rekaan Baharu
- Samsung Galaxy S10 Lite Bakal Menjadi Penambahan Baharu Dalam Siri Galaxy S10
- Lebih Banyak Peranti Boleh-Lipat Samsung Dengan Harga Lebih Rendah Pada Tahun 2021
- Samsung Galaxy A41 Dilancarkan - 6.1" AMOLED, Helio P65, IP68, Dan Bateri 3500mAh
- Netflix Tambah Beberapa Model Samsung Terbaru Sokong Netflix HD Dan HDR10
- Imej Sebenar Samsung Galaxy S20+ Diperlihatkan
- Samsung Galaxy Tab S7+ Dan S7 Kini Rasmi - Skrin 120Hz Dan Cip Snapdragon 865+