Bocoran Video Memperlihatkan Huawei P20 Lite/ Huawei Nova 3E

Seminggu sahaja lagi pasaran telefon pintar akan menerima kehadiran model baru daripada Huawei iaitu siri P20.

Salah satu model yang akan diperkenalkan adalah Huawei Nova 3E ataupun akan dikenali sebagai Huawei P20 Lite untuk pasaran China.

Seperti biasa yang berlaku, bocoran-bocoran mengenai peranti itu mula berlegar diinternet dan yang terbaru adalah mengenai Huawei P20 Lite.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=VcFr3gjGZnQ

Hanya berdurasi selama 7 saat, ia memperlihatkan rekaan depan dan belakang model terbabit dan dapat dilihat skrin paparannya mempunyai takuk diatas. Set yang ditunjukkan didalam video ini berwarna putih, dipercayai akan menyusul bersama dua pilihan warna yang lain iaitu emas dan biru.

Bagi spesifikasi, Huawei P20 Lite dijangka membawakan skrin paparan 5.84 inci dengan resolusi 1080 x 2280 beserta nisbah 19:9.

Dwi kamera belakang pula menggunakan lensa 16MP ditemani dengan lensa 2MP sementara bahagian hadapan adalah 24MP. Turut difahamkan ia akan menjalankan antaramuka EMUI 8.0 berasaskan Android Oreo 8.0 yang dipacu oleh cip Kirin 659.

Sumber: Weibo