Bocoran Spesifikasi Samsung Galaxy A60 - Bateri 4500mAh Dan Skrin 6.7 Inci

Beberapa ketika ini, kita telah lihat sejumlah peranti dari Samsung, sama ada yang sudah diperkenalkan mahupun yang masih menunggu masa untuk dilancarkan.

Kini, bocoran spesifikasi bagi sebuah peranti dalam Galaxy A mula dikongsikan di internet. Mengutip kicauan daripada @Slashleaks, Galaxy A60 bakal tampil dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-U 6.7 inci.



Ia juga akan disertakan dengan pengimbas cap jari pada skrin dan takuk "U" itu akan diletakkan dengan lensa 32MP. Bagi kamera belakang pula, ia terdiri daripada kombinasi lensa 32MP+5MP+8MP.

Galaxy A60 menggunapakai memori RAM 6/8GB dengan storan sebesar 128GB dengan cip pemprosesan SM6150 yang merujuk kepada Snapdragon 675.

Spesifikasi tersebut turut memaparkan bateri berkapasiti besar iaitu 4500mAh. Tiada keterangan mengenai harga tetapi ia diramalkan lebih mahal sedikit berbanding Galaxy A50.

Berkaitan