Bocoran Imej Xiaomi Mi 6X Memperlihatkan Dwi Kamera Belakang

Awal minggu ini, rekaan Xiaomi Mi 6X dikatakan telah tertiris dalam platform sosial media, Weibo.

Imej berupa screenshot daripada rakaman video itu diambil oleh seseorang yang dipercayai berkait rapat dengan operasi pembuatan atau pembekal perkakasan Xiaomi.

Melihat kepada imej, boleh dibayangkan bahawa Mi 6X mungkin tampil dengan rekaan logam dibahagian belakang yang turut menempatkan lensa dwi kamera beserta sensor pengimbas cap jari.

Lensa kamera berada dibahagian penjuru atas kiri dan ia diletakkan secara menegak, mirip seperti iPhone X.

Menguatkan lagi tentang rekaan ini adalah transparent case yang tertera perkataan Mi 6X. Tidak kedengaran pula khabar angin mengenai spesifikasi peranti flagship ini, tetapi ia mungkin hadir dengan cip berkuasa tinggi, Snapdragon 845.



 



Sumber: Android Headline