Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BMW Tayang Teknologi Kereta Bertukar Warna

BMW Tayang Teknologi Kereta Bertukar Warna

Diterbitkan Januari 6, 2022 oleh ariff bukhari

BMW di Pameran Pengguna Elektronik 2022 (CES) yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat telah menayangkan kenderaan yang dilengkapi dengan teknologi bertukar warna.

Teknologi yang digelar E-Ink itu diperlihatkan pada Kenderaan Konsep Utiliti Sukan (SUV) BMW iX Flow berkuasa elektrik. Panel badan SUV itu disaluti dengan material E-Ink yang akan membolehkan warna badan kenderaan itu berubah dalam tempoh yang sangat pantas.

Setakat ini, teknologi E-Ink yang dibangunkan BMW ini berupaya menukarkan badan kenderaan bertukar kepada 3 warna iaitu putih, hitam dan kelabu.

BMW Tayang Teknologi Kereta Bertukar Warna

E-Ink mengandungi berjuta kapsul mikro sehalus rambut manusia yang mempunyai pigmen bercas negatif berwarna putih dan pignmen bercas positif berwarna hitam.

BMW menyatakan, teknologi perubahan warna pada badan kereta bukan sekadar astetik sahaja, tetapi juga efisiensi. Sebagai contoh dalam cuaca panas, warna hitam kenderaan dengan E-Ink boleh ditukar kepada warna putih bagi mengurangkan penyerapan haba.

Menurut BMW lagi, teknologi E-Ink ini bukan sahaja untuk penggunaan luaran sahaja, tetapi juga boleh digunakan pada bahagian dalam kenderaan seperti papan pemuka.

Sumber: bmwblog

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY