BMW Bercadang Untuk Meningkatkan Keupayaan Kereta Elektrik Mereka





Sebenarnya bukan Mecedes sahaja yang sedang bersaingan dengan Tesla untuk kereta eletrik. Menurut laporan dari German Business Daily Handelsblatt, BMW juga sedang mengorak langkah untuk menghasilkan kereta berkuasa elektrik. Walaupun BMW telah mengeluarkan rekaan EV seperti model i3, mereka mahu meletakkan fokus terhadap model ikonik seperti 3-series, X4 dan Mini.



Mereka mungkin akan bersiap sedia untuk perancangan awal ke arah kereta elektrik seawal penghujung September ini. Sementara itu, jualan model BMW i3 jatuh pada tahun ini berbanding model 3 dari Tesla. Mungkin jika BMW dapat menggunakan rekaan ikonik mereka untuk menghasilkan kereta elektrik, jualan akan meningkat. Model ini tidak mendapat sambutan hangat kerana ianya mempunyai bentuk yang tidak menarik. Sama sama kita nantikan pengunguman dari BMW dijangka akan dilangsungkan pada tahun hadapan.