Blu Pure XR Datang Bersama Sensor Sentuh 3D Dan Helio P10.











Syarikat Telefon Pintar Blu telah melancarkan peranti baru mereka yang diberi nama Pure XR selepas melancarkan model Energy XL bulan lepas.



Blu Pure XR datang dengan pilihan warna emas dan kelabu. Fungsi sensor cap jarinya berada di dalam butang home. Peranti ini mempunyai rekaan 3.5 mm pembesar suara di bahagian bawah dan mempunyai port USB-C di sisi. Butang kelantangan suara dan butang kuasa terletak di penjuru kanan. Pure XR ini direka dengan bentuk nipis dengan menggunakan logam.



Blu Pure XR menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan mempunyai dwi kad sim. Ianya direka dengan paparan skrin HD Super Amoled berukuran 5.5 inci(1080x1920 pixel) dan juga perlindungan gelas Corning Gorilla 3. Ianya dikuaskan dengan prosessor MediaTek Helio P10 MT6755 octa-core bersama Mali-T860 GPU grafik dan mempunyai RAM 4GB. Ianya datang dengan memori dalam 64GB yang boleh diubah dengan kad microSD.



Untuk kamera, Blu Pure XR mempunyai 16 megapixel untuk kamera belakang dengan lensa 6P, fokus laser, dan phase detection autofocus dengan lensa wide angle. Peranti ini dibini dengan kapasiti bateri 3000 mAh yang dikatakan mampu bertahan selama 20 hari. Syarikat tersebut juga mendakwa peranti ini mengambil masa hanya 10 minit untuk cas penuh dengan keupayaan Quick Charge. Sambungan internet pula ialah 4G LTE. Masih tiada laporan tentang peranti ini akan menembusi pasaran dunia yang kini hanya boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat.