Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Blu Pure XR Datang Bersama Sensor Sentuh 3D Dan Helio P10.

Blu Pure XR Datang Bersama Sensor Sentuh 3D Dan Helio P10.

Diterbitkan Ogos 30, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
Blu Pure XR Datang Bersama Sensor Sentuh 3D Dan Helio P10.

Syarikat Telefon Pintar Blu telah melancarkan peranti baru mereka yang diberi nama Pure XR selepas melancarkan model Energy XL bulan lepas.

Blu Pure XR datang dengan pilihan warna emas dan kelabu. Fungsi sensor cap jarinya berada di dalam butang home. Peranti ini mempunyai rekaan 3.5 mm pembesar suara di bahagian bawah dan mempunyai port USB-C di sisi. Butang kelantangan suara dan butang kuasa terletak di penjuru kanan. Pure XR ini direka dengan bentuk nipis dengan menggunakan logam.

Blu Pure XR menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan mempunyai dwi kad sim. Ianya direka dengan paparan skrin HD Super Amoled berukuran 5.5 inci(1080×1920 pixel) dan juga perlindungan gelas Corning Gorilla 3. Ianya dikuaskan dengan prosessor MediaTek Helio P10 MT6755 octa-core bersama Mali-T860 GPU grafik dan mempunyai RAM 4GB. Ianya datang dengan memori dalam 64GB yang boleh diubah dengan kad microSD.

Untuk kamera, Blu Pure XR mempunyai 16 megapixel untuk kamera belakang dengan lensa 6P, fokus laser, dan phase detection autofocus dengan lensa wide angle. Peranti ini dibini dengan kapasiti bateri 3000 mAh yang dikatakan mampu bertahan selama 20 hari. Syarikat tersebut juga mendakwa peranti ini mengambil masa hanya 10 minit untuk cas penuh dengan keupayaan Quick Charge. Sambungan internet pula ialah 4G LTE. Masih tiada laporan tentang peranti ini akan menembusi pasaran dunia yang kini hanya boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY