Ikuti kami di media sosial

Berita

‘Bloatware’ Menggugat Keselamatan Telefon Pintar Android

ariff bukhari

Ditulis

pada

Risiko privasi meningkat kerana kejahilan pengguna.

Apabila anda membeli sesebuah telefon pintar, tidak kiralah apa jenama sekalipun,  apabila telefon pintar itu pertama kali dihidupkan, anda akan dapati di dalamnya turut mengandungi aplikasi-aplikasi yang tersedia terpasang di dalamnya.

Kebiasaannya ia adalah aplikasi-aplikasi yang dibangunkan oleh pengilang mahupun daripada pihak ketiga. Aplikasi-aplikasi yang tidak diundang ini lebih dikenali sebagai ‘bloatware‘.

Satu laporan analisis bertajuk An Analysis of Pre-installed Android Software telah dikeluarkan hasil kerjasama beberapa orang penyelidik dari pelbagai institusi yang telah menjalankan kaji selidik terhadap aplikasi-aplikasi bloatware yang terdapat di dalam telefon pintar Android.

Iklan

Hasil dapatan daripada kaji selidik tersebut, pihak penyelidik mendapati telefon pintar Android yang menggunakan sistem terbuka telah menjadi sasaran utama bagi firma-firma yang berkait dengan data untuk menuai maklumat data peribadi pengguna. Bahkan ada juga yang telah memasang perisian berniat jahat ke dalam sesetengah peranti Android yang baru, tanpa pengetahuan pengguna.

Para penyelidik dari America dan Sepanyol itu juga turut menemui banyak contoh elemen penjejakan yang melampaui data peribadi dan geo-lokasi yang biasa. Termasuklah metadata dari e-mel dan log panggilan telefon peribadi, orang hubungan dan pelbagai data privasi lain yang dikutip hasil aktiviti penjejakan bloatware terhadap tingkah laku dan statistik penggunaan dari telefon Android pengguna.

Tidak setakat itu, penyelidik juga mendapati beberapa contoh perisian hasad yang sedia dikenali telah terlibat dalam aktiviti mencurigakan mahupun nyata seperti penipuan iklan, promosi aplikasi secara senyap, penipuan SMS dan pautan URL palsu.

Dalam laporan itu juga, penyelidik menyimpulkan bahawa risiko terhadap privasi dan keselamatan data pengguna Android diburukkan lagi dengan kejahilan pengguna telefon pintar tersebut tentang bagaimana data mereka dapat dikumpul dan dimanipulasikan.

Hasil kajian tersebut diperolehi menerusi kajian mendalam terhadap firmware Android daripada 2,748 peranti pengguna yang meliputi sebanyak 1,742 dari pelbagai model peranti serta 214 pembekal.

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular