Nama Blackshark sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat telefon pintar terutama sekali yang tegar bermain aplikasi mudah alih. Model Blackshark 2 telah sedia ditawarkan dalam negara dan mengikutinya, satu promosi menarik bakal dinikmati para pembeli yang berminat untuk mendapatkan peranti berkuasa tersebut.

 

Bersempena dengan Shopee Men’s Sale yang berlangsung dari 13 Jun sehingga 23 jun 2019, para peminat telefon pintar ini boleh mendapatkan baucer ekslusif seluruh gedung untuk digunakan pada hari istimewa Black Shark yang jatuh pada 18 Jun 2019. Para peminat telefon permua ini bole menikmati baucar rebat sebanyak RM10 apabila anda membelanjakan RM1500, dan pada 20 Jun 2019, anda akan menerima baucer rebat bernilai RM15 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM2499.

IKLAN

Pada 18 Jun 2019, ikuti siaran langsung Shopee Live di aplikasi Shopee yang akan diadakan pada 8pm. Anda pasti terhibur dengan pengacara khas yang akan menerangkan dan memaparkan ciri-ciri terbaik produk. Para peminat Black Shark berpeluang memenangi tawaran istimewa dan eksklusif dalam sesi siaran 45 minit ini.

Blackshark 2 merupakan peranti memfokuskan permainan mudah alih yang mempunyai spesifikasi yang diidamkan oleh peminat.

Dipacu oleh Qualcomm Snapdragon 855 untuk mengoptimumkan prestasi, ditambah pula dengan Direct Touch Liquid Cooling System 3.0, Black Shark 2 menyediakan sistem pendinginan cecair berbilang lapisan, kapasiti bateri 4000 mAh dan juga menggunakkan TrueView Multi-Adaptive Display dengan tanda harga RM 2,499 bagi variasi (8GB+128GB) dan juga RM 2,999 bagi model (12GB+256GB).

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan telefon pintar ini.