Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
blackpink pubg

BLACKPINK Adakan Konsert ‘In-Game’ Pertama Dalam PUBG 23 Hingga 31 Julai

Diterbitkan Julai 22, 2022 · Dikemas kini Julai 22, 2022 oleh Nadiah Ab

Berita baik buat BLINK di luar sana, BLACKPINK akan mengadakan konsert dalam permainan pertama dalam PUBG Mobile!

Berlangsung pada 23, 24, 30, dan 31 Julai 2022, kumpulan terkenal dari Korea itu akan mempersembahkan lagu terbaharu mereka, ‘Ready for Love‘, buat julung kalinya.

Bukan itu sahaja, pemain PUBG juga berpeluang memiliki pakaian tersuai yang akan dipakai mereka sewaktu persembahan tersebut, tersedia sehingga 31 Ogos 2022.

Para BLINK juga boleh mengakses BLACKPINK Voice Pack baharu, dengan arahan suara daripada Jisoo, Jennie, Rose, dan Lisa, yang boleh digunakan dalam permainan.

Berikut adalah cara untuk menonton konsert tersebut:

  1. Log masuk PUBG Mobile.
  2. Pilih “Events” di penjuru kanan sebelah atas menu utama.
  3. Pilih “The Virtual” di sudut kanan atas dan tekan “Go”.
  4. Pilih “Concert Pre-Registration”.
  5. Pilih “Pre-register and download” untuk pramuat acara dan menerima ganjaran eksklusif.

Anda boleh menonton konsert dalam permainan BLACKPINK X PUBG MOBILE 2022 [THE VIRTUAL] pada waktu dan tarikh berikut:

BLACKPINK THE VIRTUAL GLOBAL SCHEDULE

Sumber: Siaran akhbar PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY