Blackmagic eGPU Tambah Sentuhan Magis Kepada MacBook Pro

Seiring dengan pelancaran MacBook Pro 2018 oleh Apple Inc., mereka juga menambah satu lagi perkakasan yang boleh membuatkan MacBook Pro sedia ada lebih berkuasa daripada biasa.

Blackmagic eGPU, sebuah unit pemprosesan grafik yang boleh digunakan bersama-sama dengan komputer riba MacBook Pro 2018. Ia menampilkan rekaan profesional dan lebih sesuai dengan golongan tersebut memandangkan unit grafik lain lebih mementingkan rekaan luaran bersifat gaming. Di dalamnya terdapat kad grafik dari AMD, Radeon Pro 580 8GB GDDR5 yang jauh lebih berkuasa dari apa yang terdapat di dalam varian tertinggi MacBook Pro 2018.



Dengan spesfikasi begitu, Apple mendakwa Blackmagic eGPU akan memberikan kelancaran semasa bermain, kerja-kerja grafik berat dan juga aplikasi berkaitan Virtual Reality.



Blackmagic eGPU didatangkan dengan 2 port Thunderbolt 3, satu port HDMI 2.0 dan 4 port USB 3.0 yang juga boleh digunakan untuk mengecas MacBook Pro.

Untuk skrin monitor berasingan, Apple mencadangkan LG UltraFine 5K bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Blackmagic eGPU dijual dengan harga RM 2829 dan buat masa ini masih belum boleh didapati di pasaran tempatan.

Sumber: theverge, 9to5mac