Blackberry Perkenal Telefon Android DTEK60

Jika anda ada membaca artikel mengenai Blackberry yang dikeluarkan awal september yang lalu, anda mungkin hairan dengan artikel kali ini. Blackberry masih mengeluarkan telefon pintar walaupun memberi tumpuan penuh pada pembinaan perisian. Sebuah syarikat dari China, TCL telah mengeluarkan telefon ini yang menggunakan jenama Blackberry.

Sebelum ini, syarikat tersebut juga telah mengeluarkan model 5.2 inci DTEK50 yang dilancarkan pada Julai yang lalu. Rekaan hampir sama seperti Alcatel Idol 4 yang juga dikeluarkan oleh TCL. Sudah pastinya Blackberry 5.5 inci DTEK60 ini akan menyerupai model Alcatel Idol 4S.

https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f259017%2fblackberry

Ia bukanlah berita yang buruk kerana DTEK60 hadir dengan penambahbaikan dari segi spesifikasi. Selain mempunyai skrin paparan QHD 5.5 inci, telefon ini dilengkapkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang sama seperti kebanyakkan telefon pintar yang ada di pasaran sekarang. Mempunyai bateri berkuasa 3,000 mAh dan slot mikroSD tetapi Blackberry tidak menyatakan kapasiti storan dalaman model ini. DTEK60 akan digayakan dengan kamera belakang 21megapixel yang lebih berkuasa dari kamera 16megapixel Alcatel.

Sudah tentu perisian sekuriti yang dibina Blackberry bakal dipasang pada DTEK60 ini. Antaranya adalah, secure booting, penyulitan cakera, pemantauan privasi dan patch keselamatan yang akan kerap dikemaskini.

Blackberry DTEK60 boleh dibeli pada laman web rasmi mereka dalam lingkungan  harga ~RM2070.

Berkaitan