Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BlackBerry Mercury Akan Diperkenalkan Secara Rasminya 25 Februari Ini

BlackBerry Mercury Akan Diperkenalkan Secara Rasminya 25 Februari Ini

Diterbitkan Januari 25, 2017 · Dikemas kini Januari 25, 2017 oleh Haikel Areff

Blackberry telah mengumumkan mereka akan melancarkan sebuah telefon pintar bersama rekaan papan kekunci menjelang acara MWC 25 Februari ini. BlackBerry Mercury yang dipasarkan oleh syarikat TCL sebenarnya telah mempamerkan peranti ini di CES 2017 baru-baru ini.

Mercury akan hadir dengan paparan skrin berukuran 4.5 inci skrin sentuh HD penuh bersama papan kekunci fizikal di bahagian bawah. Model baru dari Blackberry ini juga bakal dimuatkan dengan pemproses Snapdragon 625 , RAM bersaiz 3 GB, 32GB storan dalaman dan 18-Megapixel kamera depan dan 8-Megapixel kamera ‘selfie’. Yang pastinya setakat ini, Mercury mungkin tidak akan diisi dengan Android Nougat seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Seperti mana yang telah diketahui, telefon BlackBerry adalah sebuah telefon yang paling popular pada tahun 2007 sehingga 2010. Populariti BlackBerry semakin merudum selepas kehadiran iPhone dan pelbagai telefon skrin sentuh Android pada awal 2011. BlackBerry dahulunya memenangi hati pengguna dengan ciri kekunci fizikal yang mudah di kawal. Selepas era Android dan iPhone, BlackBerry juga mengeluarkan telefon skrin sentuh seperti yang paling terbaru DTEK50 dan DTEK60, namun ternyata, mereka berada satu aras di belakang pesaing mereka.

Good Luck BlackBerry.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY