Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Blackberry Memperkenalkan Telefon Ikonik Mereka Buat Kali Terakhir

Blackberry Memperkenalkan Telefon Ikonik Mereka Buat Kali Terakhir

Diterbitkan November 14, 2016 · Dikemas kini November 14, 2016 oleh Haikel Areff

CEO Blackberry John Chen telah mengesahkan mereka sedang membina sebuah telefon pintar dengan papan kekunci di dalam satu temubual dua hari yang lepas. Seperti mana yang telah diketahui, telefon Blackberry adalah sebuah telefon yang paling popular pada tahun 2007 sehingga 2010. Populariti Blackberry semakin merudum selepas kehadiran iPhone dan pelbagai telefon skrin sentuh Android pada awal 2011. Blacberry dahulunya memenangi hati pengguna dengan ciri kekunci fizikal yang mudah di kawal. Selepas era Android dan iPhone, Blackberry juga mengeluarkan telefon skrin sentuh seperti yang paling terbaru DTEK50 dan DTEK60, namun ternyata, mereka berada satu aras di belakang pesaing mereka

Kini Blackberry akan tampil dengan rekaan telefon ikonik mereka buat kali terakhir. Pada bulan September yang lepas, syarikat tersebut juga telah mengumumkan mereka tidak akan lagi mengeluarkan telefon jenama mereka sendiri. Mereka mungkin akan berkerjasama bersama pembuat telefon yang lain untuk menghasilkan cip dan software sahaja.

John Chen tidak memberitahu dengan lebih lanjut tentang rekaan yang bakal hadir untuk model terbaru itu. Tetapi apa yang pasti, Blackberry akan berpatah semula kepada rekaan papan kekunci fizikal seperti Blackberry yang diagungkan suatu ketika dahulu.

Terdapat khabar angin mengatakan, ianya akan diberi nama ‘Mercury’ dan mungkin akan kelihatan seperti gambar di atas. Ianya akan hadir dengan paparan skrin berukuran 4.5 inci skrin sentuh HD penuh bersama papan kekunci fizikal di bahagian bawah. Model baru dari Blackberry ini juga bakal dimuatkan dengan pemproses Qualcomm 2 GHz octa-core, RAM bersaiz 3 GB, 32GB storan dalaman dan 18-Megapixel kamera depan dan 8-Megapixel kamera ‘selfie’. Ianya juga bakal tampil dengan Android 7.0 Nougat.

Seperti model DTEK50 dan DTEK60, kedua-duanya dibina oleh Alcatel dan Mercury juga tidak akan dibina sepenuhnya oleh Blackberry.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY