Blackberry Keluar Dari Industri Mudah Alih Hari Ini






Jenama Blackberry merupakan sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia telefon mudah alih beberapa tahun sudah. Merupakan perintis kepada sekuriti mudah alih dan dikenali sebagai telefon mudah alih paling selamat di dunia. Dilaporkan Blackberry bakal berhenti bersainga dalam pasaran mudah alih bermula hari ini.





Berdasarkan statistik semasa, pasaran saham Blackberry di seluruh dunia kurang dari 1%. Jika merujuk kepada tren pasaran semasa, penganalisis dari Wall Street percaya Blackberry akan berdepan dengan kerugian dan masalah yang lebih teruk lagi jika ia berterusan.





Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Blackberry, Cheng Shouzong berkata, pengeluaran model PRIV akan mempunyai impak yang signifikan kepada masa hadapan syarikat. Ini bermaksud, jika model PRIV tidak mendapat sambutan, mereka akan menarik balik telefon pintar itu dari pasaran mudah alih.





Perkara ini sudah dijangkakan ramai pihak bermula dari Julai yang lalu dimana Blackberry memberitahu operator utama di Amerika Syarikat supaya menghentikan penjualan peranti Blackberry 10.




Sumber: Mdroid