Mampu mengecas telefon pintar Black Shark 2 Pro sehingga 43% hanya dalam masa 30 minit.
Jenama pengeluar telefon pintar dari China, Xiaomi telah melancarkan peranti bank kuasa terbaru mereka, Black Shark Powerbank.
Peranti bank kuasa ini berkapasiti 10,000mAh dan hadir dalam reka bentuk ranggi yang direka menyerupai telefon pintar Black Shark Pro 2.
Peranti bank kuasa ini dilengkapi dengan 2x sambungan USB-A dan 1x sambungan USB-C (in/out). Kuasa pengecasan yang disampaikan adalah setinggi 18W dan mampu mengecas telefon pintar Black Shark 2 Pro sehingga 43% hanya dalam masa 30 minit sahaja.
Ia juga dilengkapi lampu LED dan suis bagi menukar kepada kuasa pengecasan yang lebih rendah untuk menegcas aksesori lain seperti fon kepala.
Nalah ia juga turut memiliki ciri keselamatan terbina dalam dari litar pintas dan kepanasan melampau. Peranti Black Shark Powerbank ini sudah pun mula dijual di China dan dijangka akan turut ditawarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Harga jualan peranti bank kuasa ini dijangka berharga sekitar RM90.
Sumber: Gizchina
Berkaitan
- Nomad Menghasilkan Aksesori Kabel USB-C Yang Diperbuat Daripada Kevlar
- Elak Ditipu, Semak Dahulu Akaun Bank Atau Nombor Telefon Dengan SEMAKMULE
- Bank Di Singapura Kini Hadkan Akses Jika Pelanggan Pasang Aplikasi 'Sideloaded'
- GoPro Lancar HERO12 Black, Rakam Video Selama 155 Minit
- OtterBox Umum Aksesori Pelindung Baharu Untuk iPhone
- Samsung Beri Amaran, Aksesori Tertentu Pada Siri Galaxy S23 Boleh Merosakkan Kamera
- Penerima BPN Tiada Akaun Bank Boleh Mengambil Bantuan Itu Secara Tunai Di Cawangan BSN Terpilih Di Seluruh Negara
- IBM Melancarkan Cip Pemprosesan Power10
- Black Shark Bakal Menyokong Kapasiti Pengecas 100W
- BlackBerry Setuju Jual Paten Mereka Pada Harga USD600 Juta