Black Shark Lancar Aksesori Penyejukan Peranti FunCooler Pro Berharga RM199

Awal Mac lalu, Black Shark telah melancarkan Black Shark 3 bagi menggantikan model sebelumnya Black Shark 2 Pro. Hadir bersama dalam pelancaran tersebut adalah aksesori tambahan bagi permainan mudah alih. Kini, Black Shark telah mengumumkan pelancaran FunCooler Pro dalam pasaran tempatan pada 24 Mac ini.



Black Shark FunCooler Pro direka sesuai bagi peranti dengan lebar di antara 67 sehingga 88mm dan didatangkan dengan kuasa penyejukan kipas yang boleh mencapai 9W. Menurut Black Shark, aksesori ini boleh menyejukkan peranti sehingga 14 darjah Celsius dalam masa seminit.

Selain itu, aksesori ini hadir dengan tujuh bilah kipas yang mempunyai kelajuan putaran sehingga 6200 rpm dan pengurangan hingar dengan hanya mencapai 34dB semasa ia berfungsi. Untuk mengaktifkan FunCooler Pro ini, hanya perlu klip di bahagian belakang peranti, sambungkan pengecasan melalui kabel USB dan aktifkan kipas penyejuk ini melalui butang yang disediakan.



Dalam pada itu, Black Shark turut memperkenalkan aplikasi kawalan pintar untuk menyokong keupayaan FunCooler Pro pada peranti iOS dan Android. Aplikasi ini terbahagi kepada dua mod untuk menyejukkan peranti, iaitu mod Freeze dan mod Blizzard.

Bagi anda yang ingin mendapatkan FunCooler Pro, aksesori ini akan mula dijual secara eksklusif di Shopee bermula 24 Mac pada tanda harga RM199. Sempena 4.4 Shopee Brands Festival yang berlangsung sehingga 4 April, Black Shark turut menawarkan penjimatan sehingga RM155.

Untuk maklumat lanjut, klik pada pautan ini.