Black Shark Kini Dalam Pilihan Warna Royal Blue

Peranti gaming dari Xiaomi, Black Shark kini boleh didapati dengan warna 'Royal Blue'. Peranti yang dijual melebihi sejuta unit dalam satu hari itu akan bermula jualannya pada 15 Jun ini di China.

Black Shark telah habis dijual pada hari pertama jualan dan dijual dengan harga bermula RM 2,156.

Black Shark dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 845 dengan gabungan memori RAM 8GB dan ROM 128GB. Xiaomi menyertakan sistem penyejukan cecair yang mampu menurunkan suhu CPU sebanyak 8°C dan cip pemprosesan imej dari MEMC.

Setakat ini tiada khabar mengenai Xioami Malaysia akan menjual peranti Black Shark ke pasaran tempatan.

Berkaitan