Black Shark 3S Dijangka Hadir Dengan Cip Pemproses Snapdragon 865+

Semalam, dua telefon pintar pertama yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 865+ telah dilancarkan. Dua peranti yang dimaksudkan adalah peranti gaming ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel. Kini, Black Shark 3S dijangka akan hadir dengan cip pemproses terbaru itu.

CEO Black Shark, Luo Yuzhou telah memuatnaik satu kiriman di Weibo yang memberikan tanda-tanda ia akan dikuasakan dengan cip pemproses terbaru. Kiriman tersebut juga telah dikongsi oleh akaun rasmi Black Shark di Weibo.



Menariknya, kiriman yang dimuat naik itu menggunakan Black Shark 3S yang belum dilancarkan. Berdasarkan kiriman itu, diijangkakan beliau mungkin akan mengumumkan 'sesuatu' yang berkaitan peranti itu tidak lama lagi.

Spekulasi sebelum ini telah menyatakan ia akan didatangkan dengan cip pemproses Snapdragon 865+ seperti kedua peranti gaming yang dilancarkan semalam. Bagaimanapun, spesifikasi penuh dan rekaan peranti itu masih menjadi tanda tanya.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari Black Shark yang dijangka tidak lama lagi.

Sumber: GizmoChina