Black Shark 3 Sah Akan Dilengkapi Port Pengecasan Magnetik Dan Bateri 4720mAh

Menjelang hari pelancaran yang bakal berlangsung pada 3 Mac depan, sedikit demi sedikit kelengkapan Black Shark 3 didedahkan. Beberapa hari lalu, spekulasi mengenai bateri serta daya pengecasan pantas peranti memfokuskan permainan ini berlegar.

Kini, menerusi perkongsian terbaru di Weibo pula memperlihatkan sebahagian ciri utama yang bakal hadir pada telefon pintar berkenaan. Berdasarkan poster dan video yang dimuat naik, Black Shark 3 mempunyai port pengecasan magnetik yang diletakkan pada panel belakang peranti.





Selain itu, bateri berkapasiti 4720mAh dibekalkan untuk janaan kuasa peranti dengan daya isian pantas 65W. Difahamkan, bateri yang digunakan itu dipisahkan kepada dua dan diletakkan pada sisi papan induk peranti.

 



Imej turut membandingkan Black Shark 3 bersama sebuah lagi sub-jenama daripada Vivo iaitu iQOO 3 yang dilancarkan beberapa hari lalu.