Black Shark 3 PRO Kini Ditawarkan Dalam Pilihan Warna Knight Grey

Ketika pengenalan Black Shark 3 PRO, hanya 2 warna sahaja yang ditawarkan iaitu Phantom Black dan juga Armor Gray. Kini, Black Shark telah mula menawarkan satu lagi pilihan warna iaitu Knight Grey.

Sehubungan dengan itu. ia boleh mula didapati bermula hari ini secara pra-tempahan sehingga 25 Julai di Shopee dan juga Lazada. Harga yang dijual masih lagi sama seperti sebelum ini iaitu RM4,199.



Untuk anda yang membuat pra-tempahan awal, anda akan menerima potongan harga RM300. Ini bermakna anda hanya perlu membayar sebanyak RM3,899 sahaja.

Black Shark 3 PRO hadir dengan cip Snapdragon 865, RAM 12GB dan storan 256GB. Antara yang menarik sebagai sebuah peranti gaming adalah hadir dengan panel Quad HD 90Hz, butang Master Trigger, bateri 5000mAh dengan 65W dan sistem penyejukan cecair.

Berkaitan