Diberikan penambahbaikan berbanding model sebelumnya, versi Pro kini ditampilkan dengan cip pemprosesan Qualcomm terbaru iaitu Snapdragon 855 Plus, storan UFS 3.0 serta ciri RGB yang lebih mengancam.
Selain itu, latensi sentuhan peranti pada peranti ini dapat dikurangkan kepada 34.7ms berbanding Black Shark 2. Memperagakan skrin paparan AMOLED berukuran 6.39 inci, ia menyokong resolusi FHD+ dan diperkuatkan lagi dengan ciri pembesar suara stereo.
Bahagian dalaman peranti menghidangkan sistem memori RAM 12GB dengan pilihann storan 128GB atau 256GB yang dijamin lebih laju dengan penggunaan standard UFS 3.0. Bagi pengalaman permainan mudah alih lebih baik, Black Shark 2 Pro turut dilengkapi sistem penyejukan 3.0 dengan plat serta tiub bagi pengurusan haba yang lebih optimum.
Bertugas untuk merakam foto bahagian belakang, dwi kamera dipasang dengan lensa utama 48MP (f/1.75) sementara sebuah lagi adalah sensor 12MP (f/2.2). Rakaman bahagian hadapan pula digalas oleh lensa 20MP (f/2.0).
Black Shark 2 Pro dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang mana ia menyokong pengecasan pantas 27W disalurkan melalui port USB C. Disamping pengecas dan kabel, Black Shark 2 Pro juga disediakan dengan aksesori seperti sarung pelindung dan alat kawalan permainan.
Untuk pasaran Malaysia, Black Shark 2 Pro bakal dijual pada harga RM2499 untuk RAM 8GB/128GB dan RAM 12GB/256GB dijual pada nilai RM 2999 dimana penjualannya sudah bermula hari ini.
Berkaitan
- Realme X2 Pro Akan Dilengkapi Super VOOC 50W, Cas Penuh Dalam Masa 31 Minit
- Senarai Syarikat Yang Telah Menarik Diri Dari Acara MWC 2020
- Promosi Tiket Wayang RM 7 Sahaja Dengan Pembelian Menerusi E- Dompet Touch 'n GO
- Mi Mix 2S Turun Harga, Boleh Dimiliki Pada Nilai RM1399
- Wiko Y60 Sudah Mula Dijual, Peranti Android Go Yang Diletakkan Pada Harga RM269
- Nokia 105 dan Nokia 220 4G Diperkenalkan Pada Harga Sekitar ~RM60
- Pelan Jalur Lebar Baru Dari Maxis Berharga RM89 (30Mbps) Dan RM 129 (100Mbps)
- Razer Phone 2 Diramal Hadir Hujung Tahun Ini
- #MWC2019 - LG V50 ThinQ, Boleh "Dilipat" Dan Mempunyai Keupayaan 5G
- iPhone 12 Pro Dan Pro Max Mungkin Hadir Dilengkapkan Dengan RAM 6GB