Black Shark 2 Pro Diumumkan - Snapdragon 855+ Dan Bateri 4000mAh Bateri

Black Shark 2 mula diperkenalkan pada Mac lalu dan kini model tersebut telah ditambah baik dengan versi Pro bersama spesifikasi yang dipertingkatkan.

Perbezaan antara versi Pro dan yang terdahulu adalah penggunaan cip Qualcomm terbaru, Snapdragon 855 Plus, storan UFS 3.0 disamping rekaan yang diberi nafas baru serta tambahan RGB pada bahagian belakang.



 

Paparan hadapan menggunakan skrin AMOLED 6.39 inci dengan resolusi FHD+ dan pembesar suara stereo. Melalui model terbaru ini, pengeluar menyatakan latensi sentuhan dapat dikurangkan kepada 34.7ms berbanding model sebelumnya.

Menghuni bahagian dalam peranti adalah RAM 12GB dengan pilihan storan 128GB atau 256GB yang kini dijamin lebih lagu lagi dengan standard UFS 3.0. Menguatkan lagi penawaran pada Black Shark 2 Pro adalah sistem penyejukan 3.0 dengan plat serta tiub bagi pengurusan haba yang lebih optimum.



Beralih ke bahagian kamera, versi Pro mempertaruhkan tetapan dwi kamera; lensa utama 48MP  (f/1.75) dengan bantuan 12MP (f/2.2). Lensa 20MP (f/2.0) pula ditugaskan untuk membuat rakaman selfie.

Bagi menjana peranti, Black Shark 2 Pro dibekalkan dengan bateri bekapasiti 4000mAh beserta pengecasan pantas 27W. Peranti ini akan mula ditawarkan di China pada 2 Ogos 2019 dengan beberapa pilihan warna menarik.

Harga jualan rasmi untuk pasaran China bagi variasi RAM 12GB+128GB adalah 2999 yuan (~RM1798) sementara RAM 12GB+256GB dipasarkan pada nilai 3499 yuan (~RM2098).

Berkaitan